Harian Metro

Serum berasaskan air sesuai semua kulit

-

Kesibukan tugas dan tuntutan harian selain gaya hidup yang kurang sihat pastinya memberi kesan pada kulit wajah.

Menyedari hakikat itu, Skinhopes memperkena­lkan ‘Skinhopes Unisex Face Serum’ yang bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Pengasasny­a Ammar Akid

Rosli berkata, serum wajah itu dihasilkan daripada gabungan pati epal, vitamin C dan E, kolagen serta mutiara.

“Serum wajah ini selamat digunakan dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Lebih menarik, ia sesuai digunakan bukan saja untuk wanita, malah kepada lelaki.

“Serum ini berasaskan air dan sesuai untuk semua kulit wajah dan paling penting ia tidak menyebabka­n kulit wajah berminyak dan berkilat selepas pemakaiann­ya,” katanya.

Ammar Akid berkata, dengan bauan wangi dan segar, ia juga membantu memberikan emosi gembira kepada pemakai.

“Cara penggunaan­nya amat mudah, cuci wajah terlebih dulu dan titiskan serum di dahi, pipi dan dagu. Usap wajah berlahan dan ratakan ke seluruh wajah.

“Digalakkan menggunaka­n serum ini sebelum tidur atau selepas bangun tidur untuk mendapatka­n kesan terbaik,” katanya.

Tambahnya, serum itu sesuai digunakan bagi membantu mengatasi masalah kulit kusam, jerawat kronik, parut wajah dan mengecilka­n pori-pori.

“Ia dijual dengan harga RM65 untuk Semenanjun­g dan RM69 untuk Sabah Sarawak sebotol.

 ??  ?? SERUM wajah untuk lelaki dan wanita.
SERUM wajah untuk lelaki dan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia