Harian Metro

Sering bawa losen tabir suria

- Nor Faizah Mohamed wanitametr­o@hmetro.com.my

Yoo mula guna produk penjagaan wajah selepas dapati kulit makin kusam, bermasalah

Semuanya serba ringkas bagi si jejaka. Cukup dengan menggunaka­n sabun biasa, mencuci muka dengan sabun yang sama malah bersyampu kadangkala menggunaka­n sabun itu juga. Tiada langsung istilah berdandan atau merapikan diri sebelum dan usai mandi. Memadai dengan sapuan deodoran, semburan minyak wangi dan sedikit gel pada rambut sudah membolehka­n mereka keluar memulakan aktiviti harian.

Namun, boleh dikatakan itu situasi lebih sedekad lalu. Lelaki hari ini bagaimanap­un mula mengambil berat penampilan luaran dan dalaman mereka hinggakan ada yang menggunaka­n lebih banyak losen atau krim wajah berbanding wanita.

Walaupun lelaki ini mungkin pada mulanya teragak-agak, tetapi mereka tidak lagi malu untuk membenarka­n wajahnya disentuh produk kecantikan.

Situasi yang sama berlaku pada pelakon popular dari Korea Selatan ini. Bagi Yoo Seung Ho, persepsi mengenai lelaki hilang ciri kejantanan atau maskulin disebabkan penggunaan bahan kosmetik perlu ditolak tepi terutama dalam keadaan persekitar­an hari ini.

Yoo, yang hadir buat pertama kali ke Malaysia bagi merasmikan butik Play Up Advance di Fahrenheit­88, Kuala Lumpur, baru-baru ini, mendapati kulitnya makin kusam dan mula bermasalah seiring dengan peningkata­n usia.

“Ketika remaja, saya langsung tidak peduli dengan penjagaan kulit dan kesihatan diri secara keseluruha­nnya. Saya berasakan diri masih muda dan tidak perlu semua itu malah, saya rasa ia menyusahka­n.

“Tetapi saat usia meningkat, saya mula melihat kesannya terutama di wajah dan saya mula faham mengenai kepentinga­n melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung,” katanya.

Tambah pelakon berusia 25 tahun ini, kulit lelaki lebih tebal dan berminyak berbanding wanita lalu penting untuk menggunaka­n produk penjagaan wajah yang sesuai dengan masalah serta keadaan kulit.

“Saya amat menitikber­atkan pembersiha­n wajah untuk membuang segala kotoran sebelum tidur. Ia juga langkah pertama yang amat penting saya lakukan sejurus tiba di rumah.

“Saya turut membawa ke mana saja losen tabir suria walaupun keadaan cuaca mendung dan hujan. Apabila perlu, saya akan ke klinik kulit bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika itu,” ujarnya.

Yoo tampil segar kala hadir di Play Up Advance yang disifatkan sebagai butik kecantikan sehenti untuk peminat kosmetik jenama tempatan dan antarabang­sa.

Menempatka­n lebih 10,000 produk kecantikan di bawah satu bumbung,

Play Up Advance mula beroperasi pada Disember lalu yang dikendalik­an oleh Parkson.

 ??  ?? BUTIK Play Up Advance terletak di Fahrenheit­88 tampilkan lebih 10,000 produk kecantikan di bawah satu bumbung.
BUTIK Play Up Advance terletak di Fahrenheit­88 tampilkan lebih 10,000 produk kecantikan di bawah satu bumbung.
 ??  ?? YOO mula menjalani rutin penjagaan wajah sejurus mendapati kulitnya makin kusam dan bermasalah.
YOO mula menjalani rutin penjagaan wajah sejurus mendapati kulitnya makin kusam dan bermasalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia