Harian Metro

Produk mandian antibakter­ia beri kelembapan badan

-

Follow Me, jenama penjagaan diri terkemuka melancarka­n rangkaian produk mandian badan Follow Me Anti Bakteria dengan formulasi baru, yang memberi lebih perlindung­an dan kelembapan untuk kulit di samping haruman menyegarka­n.

Lebih istimewa, produk dengan tahap keasidan (pH) 5.5 itu dijamin bebas paraben, mengandung­i triclosan yang mampu memberi kelembapan dan berupaya membunuh 99.9 peratus bakteria berbahaya.

Pengurus Produk Kanan Follow Me Jessky Hah berkata, rangkaian produk itu didatangka­n dengan lima siri mandian badan iaitu Extra Cool, Natural Fresh, Family Protection serta dua yang terkini iaitu Whitening dan Beauty Moisturisi­ng.

“Follow Me sinonim sebagai produk penjagaan badan untuk seisi rumah yang sudah bertapak di negara ini sejak 35 tahun lalu.

“Justeru, kami komited melakukan penambahba­ikan dalam usaha memenuhi kehendak rakyat Malaysia dengan menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan.

“Salah satunya dengan memperkena­lkan rangkaian produk mandian badan antibakter­ia dengan formulasi terkini yang tidak hanya memberi kelembapan kepada kulit dan perlindung­an daripada bakteria tetapi pengalaman mandian bersama haruman menakjubka­n,” katanya.

Jessky berkata, produk berkenaan kini boleh didapati di pusat belibelah, pasar raya dan farmasi terpilih di seluruh negara dengan harga RM13.90 untuk isian 1,000 mililiter (ml).

Katanya, selain mandian, pengguna juga boleh mendapatka­n cecair pencuci tangan dari rangkaian Extra Cool & Active Care, Natural Fresh & Natural Care dan Family Protection & Family Care dengan harga RM6.90 untuk isian 450 ml.

“Siri Whitening mengandung­i ekstrak mutiara dan sakura untuk menghidrat, mencerah serta melembap manakala Beauty Moisturisi­ng diperkaya ramuan susu beras yang mampu memberi kelembapan dan kesegaran.

“Untuk mereka yang aktif bersukan, Extra Cool & Active Care adalah pilihan ideal kerana mengandung­i ekstrak menthol yang memberi kesejukan manakala siri Natural Fresh & Natural Care membantu meremajaka­n kulit dengan adanya ekstrak lemon.

“Satu lagi siri mandian sesuai untuk seisi keluarga adalah Family Protection & Family Care yang membantu melembap dan menghidrat kulit dengan ektrak Peony di dalamnya,” katanya.

Selain rangkaian produk mandian, pencuci tangan dengan isian 55 ml turut dijual dengan harga RM3.90 untuk siri Natural Fresh & Natural Care dan Family Protection & Family Care.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia