Harian Metro

KelibaT Lorde paling dinanti

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

GVF2018 tidak mengecewak­an dengan 100,000

kehadiran direkodkan sepanjang festival

Dinantikan saban tahun, pesta muzikal Good Vibes Festival 2018 (GVF2018) yang berlangsun­g dua hari di The Ranch, Gohtong Jaya, Genting Highlands baru-baru ini terus mendapat sambutan luar biasa.

Bukan saja pengunjung tempatan, peminat pesta muzik dari luar negara turut memeriahka­n acara berkenaan. Lebih 100,000 kehadiran direkodkan sepanjang dua hari menandakan GVF2018 tidak pernah mengecewak­an.

Apa yang pasti, acara kali ini jauh lebih baik berbanding tahuntahun terdahulu apabila tidak berlaku gangguan cuaca seperti hujan. Suasana di tapak acara menjadi lebih selesa dan tidak membataska­n pergerakan pengunjung.

Berbanding dua tahun sebelum ini, ramai merungut dengan keadaan tapak yang berlumpur disebabkan hujan.

Bagaimanap­un, tarikan sebenar pesta itu sudah semestinya barisan penghibur yang menjayakan persembaha­n kali ini. Menghimpun­kan artis terkenal tempatan dan antarabang­sa, terbukti pilihan penganjur tidak pernah salah.

Menjadi artis penutup acara itu, penyanyi kelahiran New Zealand dan pemenang Grammy iaitu Lorde antara tarikan utama. Ia terbukti apabila ratarata pengunjung tidak berganjak dan sabar menanti gilirannya beraksi di atas pentas.

Pertama kali bertandang ke sini, penyanyi berkenaan nyata teruja apabila impiannya untuk bertemu peminat di Malaysia dapat direalisas­ikan. Malah, dia memuji negara ini indah selain terharu dengan sambutan peminat.

“Sewaktu dalam perjalanan ke tapak acara, saya sangat terpesona dengan keindahan alam serta hutan yang menghijau.. Saya dengar, bunyibunyi­an yang kuat boleh menarik perhatian harimau kumbang untuk datang,” katanya sambil berseloroh.

Lorde mengagumka­n penonton dengan persembaha­nnya yang hebat. Terkenal dengan gaya menghiburk­an yang tersendiri, keunikan itu menjadi

kekuatan penyanyi itu.

Slot sejam yang dikhaskan buatnya bagai tidak cukup apabila penonton mahukan lebih daripada itu. Lorde mempersemb­ahkan lagu Royals, Team, Tennis Court, Buzzcut Season, Liability, Sober, Homemade Dynamite, Magnets, Ribs, The Lourve, Supercut,

 ??  ?? LORDE memukau penonton dengan persembaha­n
hebatnya.
LORDE memukau penonton dengan persembaha­n hebatnya.
 ??  ??
 ??  ?? HONNE
HONNE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia