Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 9.30 malam Rockstar TV3, 7 malam JANGAN BENCI CINTAKU TV3, 9 malam ANDAINYA TAKDIR 2 TV3, 10 malam SEMERAH CINTA HUMAIRAH

Filem ini mengisahka­n jejaka kelahiran Delhi, India iaitu Jordan yang bercita-cita menjadi penyanyi rock terkenal seperti idolanya, Jim Morrison. Namun, hasratnya itu sering menjadi bahan senda rakan.

Khatana berkata kepada Jordan sekiranya mahu menjadi artis dia perlu merasai pengalaman patah hati. Malangnya, Jordan tidak pernah mengalami situasi itu dan beranggapa­n dia tidak akan berjaya menggapai cita-citanya itu.

Satu hari Jordan dan rakannya menonton pertunjuka­n Heer Kaul, gadis dari St Stephen College. Mereka dapat tahu Heer selalu mengecewak­an lelaki. Jordan teringat katakata Khatana dan memutuskan melamar Heer menjadi kekasihnya.

Bagaimanap­un, dia dimalukan oleh Heer. Jordan menganggap itu sebagai langkah yang sempurna untuk menyebabka­n dia kecewa dan patah hati. Namun, hari demi hari Jordan dan Heer menjadi semakin rapat.

Pelakon: Ranbir Kapoor, Nargis Fakhri, Aditi Rao Hydari, Kumud Mishra dan Piyush Misra. Shah berterus terang dan berjanji semuanya akan selesai nanti. Shah akui, dia berat hati untuk melepaskan Fika lalu meminta diberikan sedikit ruang. Shah minta maaf atas apa yang dia lakukan terhadap Fika selama ini.

Pelakon: Saharul Ridzwan, Niena Baharun dan Zahirah Macwilson. Airil membuat kejutan istimewa dengan menghadiah­kan kereta baru kepada Fatihah. Airil dan Aleya memaksa Fatihah bercuti bagi mengelak diganggu Nizam dan Rugayah. Airil menghabisk­an masa bersama Aleya dan Fatihah di Pulau Perhentian.

Pelakon: Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Balkis, Mas Khan dan Faradhiya. Shahir bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun sudah mempunyai kekasih bernama Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka tidak berbulan madu sebaliknya Shahir ke China untuk bekerja dan membawa Camelia bersama.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah dan Fadilah Mansor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia