Harian Metro

Minta peminat tunggu tahu-tahu dah cabut!

-

Hubungan di antara artis dan peminat ibarat isi dan kuku. Tanpa peminat siapalah artis dan tanpa artis, peminat pasti akan berasa sunyi kerana tiada siapa dapat menghiburk­an mereka.

SS sengaja sentuh perkara ini kerana kebetulan melihat keluhan beberapa individu yang juga peminat tegar dunia seni tanah air mengenai artis pujaan mereka yang dikatakan sengaja mengelak daripada bertemu dan bergambar bersama.

SS difahamkan, artis lelaki ini dan gandingann­ya yang kini tampil dengan sebuah filem dijemput ke sebuah program bagi mempromosi­kan karya lakonan mereka.

Peminat tegar itu pula sedia maklum dengan kemunculan pasangan ini dan menanti dari awal untuk berjumpa dan bergambar dengan mereka.

Malangnya selepas menanti hingga acara selesai, mereka kecewa apabila pelakon lelaki ini beri alasan mahu menyimpan barang sebelum datang semula untuk memenuhi permintaan mereka.

Dia sebaliknya menggunaka­n kesempatan itu untuk terus pulang sekali gus membuatkan peminat yang menunggu tadi sedih dan meluahkan perasaan kecewa mereka di laman sosial Facebook.

Pada SS ini bukanlah isu

besar. Sama ada artis mahupun peminat, perlulah saling memahami dan bertolak ansur agar tidak timbul salah fajam di antara mereka.

Agaknya artis ini penat kerana jadual promosi yang padat hingga bertindak demikian. Lagipun, program itu berakhir agak lewat dan siapa tahu dia kena bergegas bagi memenuhi jadual yang disusun seawal pagi esoknya pula.

SS: Ingin lihat industri hiburan kita berkembang maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia