Harian Metro

Terjun sungai dikejar api

- Norasikin Daineh am@hmetro.com.my

 1,000 penduduk Kampung Cenderamat­a 2 tinggal sehelai sepinggang selepas 150 rumah terbakar

Sebahagian penghuni di Kampung Cenderamat­a 2, Likas di sini, nekad terjun ke sungai untuk menyelamat­kan diri selepas penempatan itu terbakar, semalam.

Seorang mangsa wanita, Rimah Mangkabong, 59, yang menetap di sebuah rumah di Lorong Lima kampung berkenaan antara hampir 1,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang selepas kira-kira 150 rumah musnah dalam kebakaran itu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Rimah melecur di paha dan belakang badan ketika cuba menyelamat­kan diri serta luka di kaki dipercayai terkena benda tajam ketika terjun di sungai.

Bagaimanap­un, mangsa berjaya menyelamat­kan diri dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Penduduk, Sali Salmani, 48, berkata, dia menyedari kebakaran itu selepas terdengar jeritan jiran dan mendapati api sedang marak di Lorong Lima.

“Saya yang berada di Lorong Empat segera memaklumka­n kepada jiran lain dan menyelamat­kan perabot serta dokumen penting sebelum api merebak ke rumah saya.

“Hanya beberapa minit, api sampai ke Lorong Empat sebelum memusnahka­n seluruh rumah di kawasan kejiranan kami,” katanya antara penduduk yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kampung itu.

Remaja, Nurliyana Abdullah, 15, berkata, dia terpaksa melompat keluar dari rumah dan melarikan diri sebaik melihat api marak di hadapan pintu rumahnya.

“Saya terus melompat, saya sudah tidak dapat berfikir ketika itu apabila lihat api marak di depan pintu rumah.

“Saya cuma sempat capai dokumen penting termasuk sijil lahir untuk diselamatk­an,” katanya yang seorang diri di rumah ketika itu.

Ketua Kampung Likas Utara Mumin Rasam berkata, dianggarka­n 150 rumah musnah dalam kejadian itu.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun hanya seorang penduduk wanita difahamkan melecur ketika menyelamat­kan diri dengan terjun ke sungai berikutan api merebak di seluruh kawasan hadapan rumahnya.

“Dia selamat dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan yang dialaminya di bahagian paha akibat melecur,” katanya.

Mumin turut memaklumka­n, Dewan Serbaguna Likas sudah dibuka untuk penempatan sementara penduduk yang terjejas.

“Penduduk yang terjejas boleh ke dewan berkenaan untuk penempatan sementara dan seterusnya untuk proses pendaftara­n kepada pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Hamsah Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.17 petang sebelum menghantar lima jentera bersama 41 anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba,

sebanyak 10 rumah terbakar tetapi jarak rumah yang rapat menyebabka­n api merebak dengan pantas.

“Api berjaya dikawal pada jam 3 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.52 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hamsah berkata, pihaknya turut berhadapan dengan kesukaran ketika memadamkan kebakaran.

“Antaranya rumah dibina dengan terlalu rapat sehingga menyukarka­n anggota bomba mengawal api, laluan yang sempit dan orang terlalu ramai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima bantuan daripada pasukan Bomba Sukarelawa­n kampung terbabit dan penduduk kampung.

“Penduduk kampung ramai yang cuba membantu memadamkan kebakaran, namun pihak bomba ada prosedur dalam memadamkan api bagi menghalang kebakaran merebak.

“Oleh itu, kerjasama daripada penduduk sangat diperlukan sekiranya berlaku kebakaran seperti ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba sukarella bertungkus-llumus mengawall kebakaran..
ANGGOTA bomba sukarella bertungkus-llumus mengawall kebakaran..
 ??  ?? RATUSAN rumah papan musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 2 petang semalam di Kampung Cenderamat­a 2 di Likas, Kota Kinabalu.
RATUSAN rumah papan musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 2 petang semalam di Kampung Cenderamat­a 2 di Likas, Kota Kinabalu.
 ??  ?? MANGSA kebakaran menyelamat­kan barang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2 di Likas, Kota Kinabalu.
MANGSA kebakaran menyelamat­kan barang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2 di Likas, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia