Harian Metro

Md Joy diburu

-

Seremban: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan akan menjalanka­n siasatan dalaman berhubung kejadian seorang tahanan lelaki Bangladesh melarikan diri ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJS) di sini, Ahad lalu.

Jurucakap jabatan itu berkata, siasatan akan dilakukan terhadap dua anggotanya yang ditugaskan menjaga lelaki dikenali sebagai Md Joy, 30-an, yang ditahan pihaknya berikutan tiada dokumen pengenalan diri ketika serbuan di tapak pembinaan di Batang Benar, Nilai, dekat sini, 10 Julai lalu.

Katanya, pihaknya akan menyiasat secara terperinci bagaimana lelaki itu boleh melarikan diri walaupun dikawal ketat dua pegawai penguat kuasa termasuk tangan bergari di katil.

“Buat masa ini belum ada tangkapan dan suspek diburu polis,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Media kelmarin melaporkan, lelaki itu melarikan diri ketika mendapatka­n rawatan cirit-birit di HTJS, jam 7 malam, dengan meninggalk­an garinya yang masih berkunci di katil.

Ketika kejadian pegawai menunaikan solat Asar dan lelaki terbabit memaklumka­n kepada seorang lagi pegawai yang dia mahu membuang air besar, menyebabka­n pegawai itu memeriksa tandas yang mahu digunakan.

Sekembalin­ya pegawai itu, dia terkejut apabila lelaki terbabit tiada di katil. Pemeriksaa­n mendapati gari masih berkunci di katil tanpa sebarang kesan terbuka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi berkata, pihaknya meningkatk­an gerakan memburu suspek mengikut Seksyen 223/ 224 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? THIEW
THIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia