Harian Metro

‘Kita selesai cara baik’

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

“Serah diri kepada Jabatan Imigresen atau ditahan sebelum 30 Ogos nanti,” amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali kepada majikan dan pekerja mereka yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) jika masih tidak mahu menyerah diri melalui Program 3+1.

“Majikan dan PATI diberi masa hingga 30 Ogos ini untuk menyerah diri. Jika mereka menyerah diri selepas tarikh berkenaan, mereka akan ditahan.

“Tindakan ini diambil selaras dengan tarikh yang ditetapkan Kementeria­n Dalam Negeri,” katanya selepas Operasi Mega 3.0 di Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Program 3+1 membuka peluang kepada PATI serah diri secara sukarela bagi membolehka­n semua pekerja asing di negara ini yang tidak memiliki dokumen di bawah ‘Program Rehiring’ untuk dihantar semula ke negara asal secara sukarela.

“Datang kepada kami (JIM) dengan dokumen berkaitan, kami akan mengendali­kan dengan baik dan melengkapk­an aplikasi itu secepat mungkin untuk memudahkan bukan menyusahka­n,” katanya.

Beliau berkata, majikan dan PATI hanya perlu membayar penalti RM400 serta tidak didakwa sekiranya menyerah diri sebelum 30 Ogos nanti.

Sebelum itu, 139 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dalam Operasi Mega 3.0 yang dijalankan di premis sekitar Jalan Raja Laut, di sini.

“Seramai 385 warga asing berusia 20 hingga 60 tahun diperiksa dalam operasi itu.

“Kebanyakan mereka yang ditahan melakukan kesalahan menyalah guna dokumen perjalanan.

“Contohnya, kami mengenal pasti individu yang memegang dokumen sebagai pembantu rumah tetapi bekerja sebagai jurujual,” katanya.

Menurutnya, sebahagian daripada majikan memberi alasan sukar mendapatka­n dokumen bagi pekerja asing dan meminta JIM menghentik­an Operasi Mega.

“Ia tidak sukar tetapi ada kos yang perlu majikan tanggung, mungkin itu antara sebab mereka masih berdegil dan mengambil PATI sebagai pekerja.

“Kami tidak akan menghentik­an Operasi Mega. Saya

 Majikan, PATI diminta serah diri sebelum akhir bulan depan

mengaku memang kita perlukan pekerja asing dalam sektor tertentu tetapi kemasukan mereka haruslah secara betul,” katanya.

Mustafar berkata, JIM sudah melakukan 8,217 operasi sejak 1 Januari lalu hingga semalam bagi membantera­s kemasukan PATI.

“Seramai 100,710 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan daripada jumlah itu, seramai 24,463 PATI serta 635 majikan ditahan.

“Sehingga kini, seramai 26,000 PATI sudah diusir pulang ke negara asal masing-masing,” katanya.

 ??  ?? MUSTAFAR ketika sidang media selepas Operasi Mega 3.0, semalam.
MUSTAFAR ketika sidang media selepas Operasi Mega 3.0, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia