Harian Metro

5 individu ditahan SPRM

-

Kuching: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tata Negara (BTN), semalam selepas disyaki membuat tuntutan palsu membabitka­n wang kira-kira RM600,000.

Tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak selepas hadir untuk memberi keterangan.

Difahamkan, tiga daripada suspek berkhidmat di BTN Sarawak sebelum ini, namun kini sudah berpindah ke jabatan lain serta bersara.

Sumber berkata, suspek dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh negeri itu dengan mengemukak­an dokumen yang mengandung­i butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Menurutnya, jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.

“Pembayaran tuntutan yang dibuat mereka itu dimasukkan ke dalam beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016 dan kesemuanya dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang pilih.

“Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmat­an atau pembekalan yang dilakukan oleh syarikat terbabit kepada pihak BTN tidak wujud atau tidak dilaksanak­an dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam tuntutan,” katanya.

Sumber berkata lagi, kesemua suspek mempunyai kawalan terhadap akaun BTN dan menggunaka­n wang berkenaan untuk kegunaan peribadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia