Harian Metro

Ini kes berat!

PATRIOT sifatkan tindakan Hasanah menulis surat kepada CIA satu pengkhiana­tan kepada negara

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menyifatka­n tindakan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid menulis surat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) adalah satu pengkhiana­tan kepada negara.

Sehubungan itu, PATRIOT tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ 8, semalam bagi menggesa siasatan segera dibuat terhadap Hasanah dan surat berkenaan.

Presidenny­a, Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, kandungan surat yang dihantar kepada Pengarah CIA Gina Haspel itu boleh menggugat keselamata­n dan kedaulatan negara.

Menurutnya, selepas meneliti isi kandungan surat berkenaan, Hasanah didakwa melakukan kesalahan yang amat berat terhadap negara.

“Kita mahu beliau (Hasanah) tampil dengan penjelasan, banyak perkara boleh dipersoalk­an mengenai tindakanny­a menulis surat itu.

“Kita sedar helah yang ada pada CIA boleh mencorak dan mempengaru­hi mana-mana kerajaan untuk mengikut acuan mereka, adakah ini yang dikehendak­i oleh beliau?

“Di mana letaknya kesetiaan beliau pada negara? Adakah beliau mempunyai hubungan intim dengan kuasa luar itu, adakah beliau menulis surat itu atas arahan pihak tertentu atau kehendak sendiri,” katanya ketika sidang media di pejabat Patriot, semalam.

Arshad berkata, keselamata­n negara tidak boleh dikompromi dan apa saja penjelasan tidak

mampu melindungi Hasanah daripada kesalahan yang dilakukan.

“Kami pernah berkhidmat dalam pasukan keselamata­n dan sayangkan negara serta akan menentang sesiapa saja yang cuba membawa kuasa luar mencampuri urusan dalaman negara,” katanya

“Kita mahu beliau (Hasanah) tampil dengan penjelasan” Mohamed Arshad Raji

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia