Harian Metro

Sukarela serah diri

- Noor Hidayah Tanzizi cnews@nstp.com.my Seri Manjung

 Penagih insaf lihat rakan ditahan ketika serbuan AADK

Insaf melihat rakan ditahan dan digari ketika lokasi penagihan mereka diserbu, seorang penagih dadah tegar menyerah diri ke pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 43 tahun itu yang dapat melarikan diri ketika sarang penagihan dadah di Lekir, dekat sini diserbu, tetapi dia kemudianny­a menyerah diri pada jam 11 pagi selepas lima jam serbuan dilakukan.

Lelaki berkenaan antara 18 individu termasuk tiga wanita berusia 17 hingga 45 tahun yang ditahan dalam Op Perdana yang menyasarka­n tiga lokasi di Kampung Lekir, Sitiawan dan Seri Manjung.

Ketua Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abdul Salam berkata, lelaki berkenaan meminta dia dimasukkan ke pusat pemulihan untuk mendapatka­n rawatan kerana dia mendakwa belum pernah ditahan pihak berkuasa serta tidak menerima rawatan pemulihan sebelum ini.

Menurutnya, lelaki itu terbabit dalam penyalahgu­naan dadah sejak berusia 27 tahun bermula dengan ganja sebelum terjebak dengan heroin dan kini mula ketagih syabu.

“Lelaki itu memberitah­u dia malu kepada diri sendiri dan keluarga kerana membabitka­n diri dengan bahan terlarang itu dan tiga abangnya juga terbabit dengan masalah sama sebelum ini. “Seorang abangnya meninggal dunia kerana dadah manakala dua lagi berjaya pulih. Ia memberi kesedaran serta keinsafan kepadanya sehingga menyebabka­n dia menyerah diri,” katanya, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut menahan remaja lelaki berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dalam operasi itu.

“Semua 18 individu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan kami merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk menghisap dadah, tetapi tiada rampasan dadah,” katanya.

Sharuddin berkata, operasi itu turut membabitka­n anggota AADK negeri bermula jam 6 pagi dan berakhir 5 petang.

Menurutnya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat awam bagi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah di daerah itu untuk kesejahter­aan masyarakat.

 ??  ?? ANTARA penagih yang ditahan AADK,
semalam.
ANTARA penagih yang ditahan AADK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia