Harian Metro

Bergaya mewah rupa-rupanya jual dadah

-

Langkawi: Gaya hidup mewah seorang lelaki terbongkar selepas dia ditahan bersama 3.28 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM100,000 di Kampung Nyiur Chabang Atas, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 5.30 pagi, suspek berusia 23 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi ketika tidur.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis yang melakukan intipan menangkap suspek ketika berehat di bilik kediamanny­a.

Menurutnya, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri namun gagal kerana rumah berkenaan dikepung pihak berkuasa.

“Pemeriksaa­n di dalam bilik dihuni suspek menemui satu beg galas mengandung­i lapan peket plastik lut sinar diisi dadah heroin seberat 3.28 kg.

“Turut dirampas wang tunai RM1,200 bersama peralatan seperti gunting, sudu, alat pelekat plastik dan dua penimbang digital,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Iqbal berkata, suspek dan barangan dirampas dibawa ke IPD Langkawi untuk tindakan lanjut.

“Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Bagi kes sitaan wang tunai pula, suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” katanya.

Dalam serbuan berasingan pada jam 4.30 pagi semalam, beliau berkata, tiga lelaki berusia antara 22 hingga 29 tahun ditahan selepas didapati memiliki heroin dan syabu seberat 41.7 gram.

“Berdasarka­n risikan seminggu, polis menahan tiga suspek di resort di Pantai Chenang yang dipercayai menjadi lokasi mereka menghisap dadah.

“Dalam serbuan, polis menemui sembilan peket plastik lut sinar mengandung­i dadah heroin seberat 36.7 gram dan satu peket syabu seberat lima gram,” katanya.

 ??  ?? MOHD Iqbal (dua dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas.
MOHD Iqbal (dua dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia