Harian Metro

23 pendaki selamat tiba di puncak Gunung Fuji

-

Tokyo: Laluan berliku selain perlu mendaki secara berterusan selama 12 jam pada sebelah malam menjadi cabaran dihadapi kumpulan 23 pendaki termasuk pengamal media dari Pahang, Ahad lalu.

Mereka yang bernaung di bawah kelab pendakian dan rekreasi RBO Team berjaya melepasi halangan dan cabaran itu sebelum menawan Gunung Fuji, di sini.

Kumpulan 23 pendaki yang memulakan misi mereka, Sabtu lalu adalah kumpulan pendaki terbesar dari Malaysia yang berjaya menawan puncak tertinggi di Jepun yang berketingg­ian 3,776 meter dari aras laut.

Pengerusi RBO Team, Abdul Rahim Othman, 58, berkata, menawan gunung tertinggi di Jepun adalah cabaran baru diharungi kumpulan terbabit kerana hampir keseluruha­n pendakian berlangsun­g pada waktu malam.

“Kami memulakan pendakian seawal jam 8 malam (waktu Jepun) dan terpaksa menempuh perjalanan cukup mencabar dalam keadaan gelap, selain laluan berbatu dan berdebu.

“Pendaki juga diuji dengan laluan pendakian berliku atau kami gelar ia laluan Zig Zag.

“Jika tiada kekuatan mental dan fizikal, pasti pendaki terkandas dan tidak dapat menyempurn­akan misi ke puncak.

“Alhamdulil­lah, selepas berdepan cabaran pendaki selamat tiba ke puncak dengan pendaki terawal tiba pada jam 8 pagi,” katanya di sini, semalam.

Turut serta enam pengamal media iaitu wartawan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Pahang, Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan jurugambar NSTP, Muhd Asyraf Sawal.

 ??  ?? PENDAKI Malaysia dari kelab RBO Team berjaya sampai ke puncak Gunung Fuji setinggi 3,776 meter.
PENDAKI Malaysia dari kelab RBO Team berjaya sampai ke puncak Gunung Fuji setinggi 3,776 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia