Harian Metro

Usah panik bunyi tembakan meriam di Presint 1

-

Penjawat awam yang berhasrat ke Presint 1 di sini, khususnya yang perlu akses ke Kompleks E dan D bermula 26 hingga 31 Julai diminta merancang perjalanan masing-masing susulan sesi latihan dan sambutan Istiadat Perbarisan Sempena Hari Pahlawan 2018 berlangsun­g di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan semalam, berkata, arahan itu dikeluarka­n bagi mengelak kesesakan lalulintas dan kelewatan ke pejabat.

“Selain itu, adalah dipohon untuk mematuhi sebarang arahan lalu lintas oleh anggota polis yang bertugas serta tidak panik dengan bunyi tembakan meriam pada hari berkenaan kelak.

“Justeru, segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua amat kami hargai,” katanya.

Katanya, sesi latihan bagi istiadat perbarisan berkenaan bermula jam 8 pagi pada 26 Julai hingga hari berlangsun­gnya sambutan itu pada 31 Julai.

“Raptai penuh berlangsun­g pada 29 Julai jam 10.30 pagi selain tembakan meriam dua das di Taman Putra Perdana, Putrajaya iaitu berhampira­n Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

“Seterusnya, sambutan pada 31 Julai bermula jam 10.30 pagi manakala sebanyak 21 das tembakan meriam pada hari berkenaan,” katanya.

Adalah dipohon untuk mematuhi sebarang arahan lalu lintas oleh anggota polis yang bertugas”

Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia