Harian Metro

Pekerja landskap dituduh rompak juruterban­g

-

Seorang pekerja landskap dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpula­n ke atas seorang juruterban­g dengan menggunaka­n pistol, tahun lalu.

M Murugen, 29, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dua lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpula­n dengan menggunaka­n senjata pistol terhadap Suthasan Boonratana, 25, dengan mengambil kereta milik mangsa jenis Mercedes CLA 45.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) selepas Tol Sentul Pasar pada jam 8.25 pagi, 12 Februari 2017.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu gagal menunjukka­n kad pengenalan atau resit sementara atau dokumen lain kepada seorang anggota polis di sebuah premis tingkat 4, Blok Bunga Raya, Taman Dagang, Ampang, pada jam 10 malam, 19 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(a), Peraturan Pendaftara­n Negara 1960 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh atas alasan kedua-dua pertuduhan itu tidak boleh dijamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia