Harian Metro

Cekup dua dalang ‘rembat’ motor

-

Serdang: Dua remaja lelaki berusia 18 tahun yang aktif mendalangi kegiatan curi motosikal terutama jenis Honda EX5 di sekitar daerah ini ditahan bersama sebuah motosikal curi di Jalan Kenari, Puchong Jaya, dekat sini, pagi semalam.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 7 pagi tadi oleh anggota polis rondaan Ops Cegah Jenayah selepas terlihat dua remaja terbabit menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, susulan pemeriksaa­n yang dijalankan mendapati motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki kedua-dua suspek itu adalah motosikal curi.

“Pemeriksaa­n lanjut pada nombor casis motosikal mendapati ia dilaporkan hilang di Puchong, dua bulan lalu.

“Hasil siasatan terhadap mereka membawa kepada penemuan sebuah lagi motosikal curi, dua rangka motosikal serta pelbagai komponen motosikal yang sudah dileraikan di sebuah apartmen di Puchong Hartamas,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudianny­a mendapati dua remaja ini mendalangi sekurang-kurangnya lima kes curi motosikal, di sini, sepanjang tahun ini.

“Kita yakin banyak lagi kes didalangi mereka termasuk di sekitar Lembah Klang selain mempunyai rakan subahat serta rangkaian tertentu yang berperanan sebagai pelerai dan penjual komponen motosikal curi.

“Kumpulan ini menyasarka­n motosikal Honda EX5 kerana model itu tiada lagi dalam pasaran dan alat gantinya mempunyai permintaan tinggi,” katanya.

 ??  ?? ANTARA komponen motosikal yang dileraikan ditemui polis.
ANTARA komponen motosikal yang dileraikan ditemui polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia