Harian Metro

Belum muktamad

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

 Kementeria­n Kesihatan masih kaji status Klinik 1Malaysia

gi klinik berkenaan berbeza-beza iaitu iaitu bermula 16 Ogos dan 1 September.

Notis itu turut mencadangk­an kepada pesakit supaya mendapatka­n perkhidmat­an di klinik kesihatan lain yang berhampira­n.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, penubuhan Klinik 1Malaysia bertujuan meningkatk­an akses kesihatan primer di kawasan bandar, khususnya komuniti berpendapa­tan rendah.

Menurutnya, sejumlah 347 Klinik 1Malaysia beroperasi di seluruh negara yang menyediaka­n perkhidmat­an bukan saja kepada golongan sasar, malah kepada setiap golongan masyarakat setempat.

“Seperti diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini, kementeria­n sememangny­a sedang dalam proses untuk mengkaji semula Klinik 1Malaysia di mana ia akan dijenamaka­n semula dengan nama Klinik Komuniti.

“Dalam proses semakan semula ini, kementeria­n akan turut meneliti sama ada menaik taraf beberapa Klinik Komunti ini kepada Klinik Kesihatan, menempatka­n lebih ramai Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi/Pembantu Pegawai Farmasi ke Klinik Komuniti secara berperingk­at dan menutup beberapa Klinik Komuniti yang memenuhi syarat tertentu,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, antara kriteria diteliti untuk cadangan penutupan adalah jumlah kedatangan pesakit yang rendah, keberadaan fasiliti kesihatan lain yang berdekatan dan sewa atau kos operasi tinggi.

Pada 27 Jun lalu, Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, Klinik 1Malaysia yang kini dikenali sebagai Klinik Komuniti akan dinaikkan taraf dari segi sektor operasi dan keluasanny­a menjelang hujung tahun ini.

 ??  ?? Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat mengenai penutupan klinik dan kementeria­n memberi jaminan, proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaa­n semula ini akan dijalankan dengan tertib” TINJAUAN di Klinik 1 Malaysia USJ 1,
Subang Jaya.
Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat mengenai penutupan klinik dan kementeria­n memberi jaminan, proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaa­n semula ini akan dijalankan dengan tertib” TINJAUAN di Klinik 1 Malaysia USJ 1, Subang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia