Harian Metro

Cedera pipi, jari tong oksigen dalam ambulans terbakar

-

Seorang pembantu perubatan Klinik Kesihatan Sungai Chua, di sini, cedera selepas sebuah tong oksigen di dalam ambulans milik klinik berkenaan terbakar, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Luqman Hakimi Mohd Ladin, 25, cedera di bahagian pipi kiri dan jari kiri akibat kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.49 petang.

“Seramai enam pegawai dan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumka­n sebuah tong oksigen di dalam sebuah ambulans milik klinik kesihatan berkenaan terbakar.

“Bagaimanap­un, kebakaran tong berkenaan berjaya dipadamkan oleh kakitangan klinik terbabit menggunaka­n alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mohd Jaslizad berkata, kejadian itu menyebabka­n seorang pembantu perubatan klinik kesihatan berkenaan cedera akibat kebakaran terbabit.

“Mangsa kemudian menerima rawatan di klinik kesihatan berkenaan.

“Punca kebakaran tong berkenaan masih dalam siasatan,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan belum memuktamad­kan atau memberi arahan penutupan terhadap beberapa Klinik Komuniti/Klinik 1Malaysia di Lembah Klang sebagaiman­a tular di media sosial, di sini semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya masih menjalanka­n proses kaji semula, malah keputusan itu masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamad­kan oleh pengurusan tertinggi kementeria­n.

“Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini (penutupan klinik) dan kementeria­n memberi jaminan, proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaa­n semula ini akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsung­an perkhidmat­an kesihatan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beberapa notis penamatan perkhidmat­an Klinik 1Malaysia tular semalam membabitka­n Klinik 1Malaysia Damansara Damai, Klinik 1Malaysia Seksyen 24 Shah Alam, Klinik 1Malaysia Kelana Jaya, Klinik 1Malaysia USJ 1 Subang Jaya dan Klinik 1Malaysia Puchong Jaya.

Berdasarka­n notis berkenaan, tarikh penutupan ba-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia