Harian Metro

Rumah atlet dihempap pokok

-

Rumah keluarga atlet bola tampar negara, Faizol Ikmal Shariff, 20, rosak dihempap pokok akibat ribut di Kampung Air Bemban di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dapur, tandas dan bilik tidur musnah dihempap pokok menyebabka­n mereka kerugian RM10,000 dan terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat.

“Ketika mengajar di sekolah saya menerima maklumat kejadian pokok tumbang dan menghempap rumah namun tidak menjangka ia membabitka­n rumah keluarga kami.

“Saya hanya meneruskan pengajaran di kelas dan terkejut apabila diberitahu rumah keluarga dihempap pokok dan bersyukur kerana tujuh ahli keluarga termasuk ibu bapa yang berada di rumah tidak mengalami kecederaan,” katanya yang juga guru ganti di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini.

Menurutnya, ketika kejadian dua kakaknya dari Johor Bahru bersama abang ipar serta anak masing-masing berada di rumah.

Katanya, akibat ribut pokok mangga berusia lebih 50 tahun bersebelah­an rumahnya tumbang dan menghempap bahagian dapur, tandas serta bilik tidur.

Faizol berkata, kejadian itu mengakibat­kan keluargany­a hilang tempat tinggal dan kini menumpang di rumah abangnya.

“Alhamdulil­lah, bebanan kami diringanka­n apabila menerima sumbangan wang tunai daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta wakil rakyat,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurk­an sumbangan kepada Faizol Ikmal menerusi akaun Maybank 1513510560­15.

 ??  ?? RUMAH keluarga Faizol yang rosak selepas dihempap pokok mangga.
RUMAH keluarga Faizol yang rosak selepas dihempap pokok mangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia