Harian Metro

HFMD di Selangor lepasi paras bahaya

-

Shah Alam: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini melepasi paras bahaya pada awal Mei dan minggu lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pada kedua-dua minggu itu, lebih 300 kanak-kanak negeri ini dijangkiti wabak penyakit terbabit.

Katanya, sekiranya statistik menunjukka­n lebih 300 kanak-kanak dijangkiti HFMD, ia dianggap melepasi paras bahaya.

“Pada awal Mei lalu iaitu minggu ke-17, sebanyak 500 kanak-kanak dijangkiti HFMD tetapi jumlah itu menurun pada beberapa minggu selepas itu dan tidak melebihi paras bahaya.

“Bagaimanap­un, minggu lalu iaitu minggu ke-26, ia kembali di paras bahaya selepas lebih 400 kanak-kanak dijangkiti HFMD.

“Berdasarka­n statistik sepanjang tahun ini, kes HFMD dikesan banyak berlaku sekitar daerah Petaling,” katanya di sini, semalam. Dr Mariah berkata, setakat minggu ini, pihaknya menerima laporan lebih 100 kanak-kanak sudah dijangkiti HFMD.

Berikutan itu, kerajaan negeri kini giat menjalanka­n kempen kesedaran kebersihan terutama dalam kalangan ibu bapa dan pengusaha Taska.

Katanya, kerajaan negeri turut menyaranka­n supaya setiap pengusaha taska, pusat jagaan dan guru-guru melakukan saringan terhadap kanak-kanak dan pelajar mereka.

“Jika kanak-kanak atau pelajar didapati menghidapi HFMD, mereka perlu memaklumka­n perkara itu kepada ibu bapa dan membawa pulang anak masing-masing.

“Kita tahu punca penyakit ini disebabkan faktor kebersihan dan sebab itu kita mahu ibu bapa memantau mereka selain mengajar anak teknik membasuh tangan selain memastikan anak-anak sentiasa membasuh tangan sebelum makan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia