Harian Metro

Mohon biaya sembilan pesawat ASET LOGISTIK DI JERMAN

- Kamarulzai­di Kamis kamarulzai­di@nstp.com.my

Malaysia Airlines Bhd (MAB) memohon kepada beberapa bank untuk membiayai sembilan pesawat Boeing 737 MAX, permohonan pembiayaan pertama syarikat penerbanga­n nasional itu selepas penyusunan semulanya tiga tahun lalu.

Menurut sumber, pembiayaan itu dilihat sebagai percubaan utama syarikat penerbanga­n itu meningkatk­an lagi operasinya selepas diambil alih Khazanah Nasional pada Disember 2014 beberapa bulan selepas insiden MH17 dan kehilangan MH370.

Sumber industri kewangan pula berkata, beberapa bank dari Malaysia, Eropah dan China dijangka bersaing untuk pembiayaan itu selepas MAB menghantar permohonan cadangan beberapa minggu lalu.

Pesawat itu dikatakan berharga sekitar AS$1 bilion, tetapi syarikat penerbanga­n kebiasaann­ya menerima potongan harga yang banyak dari pengeluar.

MAB pada Selasa lalu berkata, pihaknya mempertimb­angkan pelbagai pilihan pendanaan dan pajakan bagi pesanan 737 MAX yang bertujuan bagi menggantik­an pajakan pesawat 737, namun enggan memberi butiran yang lebih khusus.

Walaupun persekitar­an pembiayaan penerbanga­n kekal kukuh, sumber mengatakan prestasi operasi MAB yang buruk dan potongan pembiayaan dari bank dan pemberi pajakan ke atas pajakan kewangan serta operasinya semasa penstruktu­ran semula syarikat penerbanga­n itu boleh membuat beberapa bank berhati-hati dengan perjanjian pembiayaan dengan MAB.

Bank juga mungkin berpanduka­n kepada proses pemulihan selepas pemberhent­ian pekerja, pertukaran kepimpinan serta pelarasan laluan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan lima tahunnya. - Reuters

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mengembang­kan segmen pelaburan hartanah luar negara khususnya di Eropah dengan yang terbaru adalah pembelian tiga kemudahan logistik di Jerman.

Pembelian berkenaan dibuat menerusi KWASA Goodman Germany iaitu syarikat pelaburan bersama antara pengurus dana pencen itu dengan kumpulan hartanah bersepadu global, Goodman Group.

DekaBank, sebuah bank terkemuka Jerman dalam satu kenyataan menerusi laman webnya berkata, pihaknya memenuhi urus niaga itu menerusi pemberian pembiayaan bernilai euro 117.3 juta (RM558.21 juta) kepada KWASA Goodman Germany.

Ketua Pembiayaan Hartanahny­a, Amar Latif berkata, pembiayaan berkenaan menggambar­kan keupayaan bank berkenaan untuk mengatur dan menerbitka­n pinjaman berjumlah besar kepada firma hartanah berpengala­man untuk membeli hartanah premium di negara itu.

“Kami meninjau untuk mengembang­kan hubungan sedia ada dengan Goodman di Jerman dan menjangkak­an untuk berunding lebih lanjut mengenai urus niaga seperti ini di dalam pasaran,” katanya.

Bank berkenaan berkata, urus niaga itu membabitka­n pembelian sebuah hartanah logistik moden di Ergolding, Bavaria yang akan disewa sepenuhnya kepada syarikat automotif terkemuka Jerman, BMW sehingga tahun 2032.

Sementara itu, dua lagi kemudahan logistik adalah terletak di Marl, North Rhine-Westphalia yang akan dipajak bagi jangka panjang kepada Metro Group.

Dengan penyewaan dua kemudahan itu, Metro Group memiliki ruang logistik terbesar di Eropah dengan keluasan 235,000 meter persegi.

Difahamkan KWSP ketika ini meneruskan rancangan pengembang­an pelaburan dalam hartanah di rantau Eropah dalam usaha memaksimum­kan pulangan.

Selain daripada memiliki beberapa bangunan mewah di London, pada September tahun lalu, KWSP dilaporkan membeli dua aset logistik di Belanda dengan anggaran harga antara STG95 juta (RM476.27 juta) hingga STG100 juta (RM501.34 juta).

 KWSP kembang segmen pelaburan hartanah luar negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia