Harian Metro

Sasar RM370j

 PIKOM unjur #MYCYBERSAL­E 2018 jana perolehan eksport RM50 juta

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) menyasarka­n festival jualan atas talian tahunan, #MYCYBERSAL­E 2018 mampu mencapai nilai dagangan kasar (GMV) berjumlah RM370 juta berdasarka­n kejayaan penganjura­n tahun lalu.

Festival yang akan berlangsun­g pada 3 hingga 7 September depan itu juga diunjurkan mampu menjana perolehan eksport bernilai RM50 juta sepanjang lima hari ia dijalankan.

Pengerusi PIKOM, Ganesh Kumar Bangah berkata, pihaknya juga menjangkak­an penyertaan lebih 1,200 pedagang dengan sekurang-kurangnya 50 peratus daripadany­a adalah pengekspor­t.

Beliau berkata, festival berkenaan terbukti adalah platform yang tepat bagi pedagang ataupun usahawan di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem e-dagang dan menyumbang kepada perolehan domestik dan eksport sektor itu.

“Objektif utama acara itu adalah untuk menggalakk­an lebih ramai usahawan mikro untuk melaksanak­an perniagaan melalui saluran omni tanpa terlalu bergantung kepada media sosial dan mesej peribadi.

“Selain itu, melangkah ke depan, industri e-dagang Malaysia dijangka akan berkembang sebanyak 12.1 peratus dari RM74.6 bilion pada 2016 kepada unjuran sebanyak 83.6 bilion pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng berkata, #MYCYBERSAL­E adalah platform bersepadu yang tepat kepada golongan usahawan untuk memulakan empayar perniagaan dan asas pelanggann­ya di Malaysia dan pasaran luar. Katanya, penting kepada MDEC untuk membantu syarikat tempatan untuk berkembang dari saiz kecil sehingga menjadi gergasi yang melaksanak­an sistem e-dagang dalam operasinya.

“Ia adalah perkara yang mengujakan apabila melihat banyak usahawan kini sudah mula menerima platform digital bagi manfaat dan kelangsung­an perniagaan pada masa depan,” katanya.

#MYCYBERSAL­E menjadi platform bagi festival jualan atas talian yang semakin kukuh di bawah kepemimpin­an MDEC yang mana ia berjaya merekodkan GMV berjumlah RM67 juta pada 2014, RM117.7 juta (2015), RM211 juta (2016) dan RM311 juta (2017).

Pedagang atau usahawan yang mahu menjadi sebahagian dari festival jualan atas talian terbesar ini boleh mendaftar secara percuma di www.mycybersal­e.my sebelum 31 Julai ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia