Harian Metro

Teroka dunia dengan burger terbaru

-

McDonald’s Malaysia memperkena­lkan Burger Ayam Mexicana iaitu menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas kejayaan menu pertamanya, Burger Rio bulan lalu.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, rakyat Malaysia kini boleh menikmati burger terbaru itu yang boleh didapati pada harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Beliau berkata, kempen tahunan Discover the World sentiasa mengetenga­hkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia.

“Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehka­n kami memperkena­lkan pelbagai citarasa antarabang­sa ke restoran kami di seluruh negara,” katanya, semalam.

Burger Ayam Mexicana diserlahka­n dengan kepingan ayam rangup bersaiz besar dan dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno seperti rasa pedas hidangan tradisiona­l Mexico.

Hidangan itu juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih bersama ban lembut.

Melati berkata, sama ada menu sedia ada atau baru, McDonald’s amat mementingk­an kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir.

“Bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggala­h ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan, McDonald’s percaya makanan yang baik bukan pada rasanya saja,” katanya.

 ??  ?? STRAWBERI Fiesta.
STRAWBERI Fiesta.
 ??  ?? BURGER Ayam Mexicana.
BURGER Ayam Mexicana.
 ??  ?? PAI Kastard Strawberi.
PAI Kastard Strawberi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia