Harian Metro

JENAZAH ‘BONCENG’ MOTOSIKAL

 Lelaki meninggal dunia atas motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah

- Agensi

Kejadian mayat seorang lelaki dibawa dengan motosikal seperti pembonceng lengkap dengan topi keledar menjadi berita panas di Indonesia selepas rakaman video kejadian itu disebar melalui media sosial sejak semalam.

Dalam video yang tular di media sosial itu menunjukka­n ‘mayat lelaki’ terbabit menaiki motosikal bersama dua lelaki.

Menurut laporan media Indonesia, lelaki itu dikenali sebagai H Kede meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki motosikal dari rumah saudaranya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Laut, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, kelmarin.

Beberapa hari lalu, lelaki berkenaan mengadu sesak nafas ketika berada di rumah saudaranya di Desa Pematang Rahim.

Menurut Tribun News, dia mahu pulang ke rumahnya lalu dihantar dua ahli keluargany­a dengan motosikal terbabit, namun mangsa meninggal dunia di atas motosikal ketika dalam perjalanan.

Lebih malang, motosikal berkenaan mengalami kerosakan, namun mereka bernasib baik kerana satu kenderaan polis yang melakukan rondaan melalui jalan berkenaan.

Polis terbabit mahu menahan mereka kerana menaiki satu motosikal sampai tiga orang.

Liputan6 melaporkan, seorang netizen @orobeii yang memuat naik rakaman video berkenaan berkata, polis terkejut apabila mendapati dua lelaki itu membawa mayat membonceng motosikal terbabit.

Namun, selepas mengetahui cerita sebenar, anggota polis terbabit membantu menghantar jenazah dengan kenderaan polis kembali ke rumah saudara mangsa di Pematang Rahim yang jaraknya lebih dekat.

 ??  ?? PETIKAN rakaman video yang tular kononnya dua lelaki membawa mayat membonceng motosikal di Indonesia. - Agensi
PETIKAN rakaman video yang tular kononnya dua lelaki membawa mayat membonceng motosikal di Indonesia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia