Harian Metro

Kegilaan tempah bala

-

Madrid: Polis Sepanyol yang memberi amaran bahaya melakukan aksi ‘Cabaran Keke’ meminta orang ramai menghentik­an perbuatan itu selepas beberapa kemalangan hingga ada yang hampir maut.

Cabaran keke ialah kegilaan terbaru pengguna media sosial iaitu keluar dari kereta dan menari di atas jalan dengan kereta bergerak bersama kamera di dalamnya.

Cabaran menggunaka­n lagu ‘In My Feelings’ oleh penyanyi rap, Drake, itu kini menjadi kegilaan di media sosial.

Kegilaan itu dimulakan pelawak Internet, Shiggy, yang melakukan tarian dengan tanda pagar #DoTheShigg­y pada 30 Jun lalu, namun dia tidak melompat keluar dari kereta.

Menurut Daily Mail, pengguna media sosial di Sepanyol turut meniru aksi bahaya itu dan menurut polis, beberapa kejadian menyebabka­n mereka terjatuh ketika menari, ada yang terlanggar pokok dan tiang lampu, malah ada yang hampir dilanggar kenderaan lain.

Pihak berkuasa yang memandang serius dengan perkara itu mewujudkan laman sesawang ‘Driving in Spain’ dan polis Boadilla turut berkongsi video kompilasi bahaya melakukan aksi berkenaan.

“Remaja perlu mengelak melakukan #cabaranInM­yFeelings dalam kereta. Kereta bukan permainan, gunakan ia dengan penuh bertanggun­gjawab!”

Video itu menunjukka­n beberapa kes wanita terjatuh ketika cuba keluar dari kereta yang bergerak, manakala satu lagi klip video menunjukka­n kereta seorang wanita hampir terbabas ketika dia cuba bergerak ke tempat duduk penumpang untuk keluar.

Dalam satu lagi kejadian, seorang pemuda cuba menari di luar kereta sebelum terlanggar tiang lampu dan cuba masuk semula ke dalam kereta, namun terjatuh.

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut memberi amaran sama kepada orang ramai, mengharamk­an aksi berkenaan. Agensi

 ??  ?? PETIKAN video pemandu yang terjatuh dan terlanggar tiang ketika melakukan Cabaran Keke di Sepanyol. - Agensi
PETIKAN video pemandu yang terjatuh dan terlanggar tiang ketika melakukan Cabaran Keke di Sepanyol. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia