Harian Metro

50 terkorban

 26 mayat satu keluarga ditemui berpelukan ketika kebakaran hutan di Greece

- Agensi Athens

ekurang-kurangnya 50 terbunuh akibat kebakaran hutan di wilayah Athens, Greece, dengan 26 mayat dipercayai mempunyai hubungan kekeluarga­an ditemui dekat sebuah villla.

Menurut AFP, pihak berkuasa melancarka­n operasi pemindahan besar-besaran membabitka­n penduduk tempatan serta ratusan pelancong yang terperangk­ap di kawasan pantai.

Tiga wanita dan seorang kanak-kanak dilaporkan lemas dalam laut ketika cuba melarikan diri daripada api yang marak.

Angin selaju 105 kilometer serta cuaca panas sehingga 40 darjah Celsius memudahkan lagi api marak.

Ia menjadikan kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Greece yang menyebabka­n hutan serta ladang menjadi padang jarak, manakala puluhan kenderaan hangus.

Daily Mail melaporkan, pihak berkuasa menemui 26 mayat dipercayai satu keluarga berpelukan antara satu sama lain di padang berdekatan sebuah villa, hanya 30 meter dari laut berhampira­n bandar Mati, 40 kilometer dari Athens.

Ketua Palang Merah Greece, Nikos Economopou­los, memberitah­u Skai TV: “Saya diberitahu anggota penyelamat yang menyatakan dia melihat mayat 26 mangsa berpelukan kira-kira 30 meter dari pantai.

“Mereka cuba mencari laluan melarikan diri, namun malangnya kumpulan ini, termasuk kanak-kanak gagal.”

Kerajaan mengarahka­n tentera melaksanak­an operasi pemindahan menggunaka­n bot dan helikopter penduduk yang melarikan diri ke sebuah pelabuhan di Rafina.

Majoriti mangsa yang maut ditemui berdekatan rumah atau kenderaan mereka di Mati, timur wilayah Rafina yang juga lokasi pelanconga­n popular.

Gambar di media sosial menunjukka­n mayat rentung di jalan raya selain deretan kereta yang musnah, rumah hangus sama sekali serta orang ramai berlari dalam asap tebal.

Darurat diisytihar­kan di barat dan timur Attica dekat Athens dan kerajaan Greece meminta bantuan Kesatuan Eropah (EU) untuk membantu usaha memadam kebakaran yang turut menyebabka­n 150 cedera.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 100 rumah dan 200 kenderaan musnah di satu kawasan dekat Athens.

Orang ramai berlari ke arah laut dan ratusan mangsa diselamatk­an bot yang lalu.

Timbalan Menteri Jabatan Perikanan, Nektarios Santorinio­s, yang kementeria­nnya menyelia pengawal pantai berkata, lebih 700 orang diselamatk­an melalui oleh pengawal pantai.

 ??  ?? SEBUAH rumah di wilayah Mati, dekat Athens, dijilat api. - Agensi
SEBUAH rumah di wilayah Mati, dekat Athens, dijilat api. - Agensi
 ??  ?? RIBUAN penduduk melarikan diri ke arah laut selepas kebakaran hutan memusnahka­n sebahagian besar wilayah Mati dekat Athens, menyebabka­n 50 terbunuh. - Agensi
RIBUAN penduduk melarikan diri ke arah laut selepas kebakaran hutan memusnahka­n sebahagian besar wilayah Mati dekat Athens, menyebabka­n 50 terbunuh. - Agensi
 ??  ?? DERETAN kenderaan yang musnah ketika orang ramai cuba melarikan diri dari wilayah Mati. - Agensi
DERETAN kenderaan yang musnah ketika orang ramai cuba melarikan diri dari wilayah Mati. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia