Harian Metro

Ratusan hilang empangan pecah

-

Bangkok: Ratusan penduduk di selatan Laos dikhuatiri terkorban selepas dilaporkan hilang akibat banjir apabila empangan hidroelekt­rik yang dalam pembinaan runtuh, semalam.

Menurut agensi berita kerajaan, Laos News Agency, empangan di selatan wilayah Attapeu pecah, membebaska­n lima bilion meter padu air (lebih dua juta air kolam renang saiz Olimpik).

Laporan itu menyatakan beberapa penduduk terbunuh, manakala ratusan lagi hilang, selain rumah di tebing sungai di wilayah terbabit hanyut,

Menurut AFP, empangan bernilai AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion) itu projek syarikat tenaga Xe Pian Xe Namnoy Power Company (PNPC) yang mula dibina pada 2012, projek usaha sama syarikat Thailand, Korea Selatan dan Laos.

Projek itu yang dijangka siap tahun depan, membabitka­n beberapa empangan di Sungai Houay Makchanh, Xe-Namnoy dan Xe-Pian.

Pihak berkuasa menggerakk­an pasukan menyelamat bagi memindahka­n penduduk.

Reuters melaporkan, menurut kenyataan syarikat yang membina empangan itu, hujan lebat dan banjir menjadi punca struktur runtuh dan ia bekerjasam­a dengan kerajaan Laos untuk menyelamat­kan penduduk beberapa kampung berhampira­n empangan itu.

“Kami mengerahka­n pasukan kecemasan membantu memindahka­n penduduk berhampira­n empangan,” kata jurucakap SK Engineerin­g & Constructi­on menerusi telefon. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN penempatan di wilayah Attapeu yang tenggelam sepenuhnya, semalam. - Agensi
KEADAAN penempatan di wilayah Attapeu yang tenggelam sepenuhnya, semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia