Harian Metro

Palsu! Bukan Imam Samudra

- Agensi

Indonesia sekali lagi heboh dengan berita yang tular di media sosial kononnya jenazah pengebom Bali pada 2002, Imam Samudra ditemui dalam keadaan sempurna selepas kuburnya digali kononnya terbabit dalam projek pembinaan jalan raya.

Namun, Markas Besar Polis Republik Indonesia menafikan berita itu sebaliknya menyatakan mayat lelaki dalam video yang tersebar adalah orang lain, bukannya Imam Samudra.

Video berdurasi 3.34 minit itu tersebar di melalui Whatsapp dengan keterangan kononnya ia adalah jenazah Imam Samudra (menjalani hukuman mati pada 2010) yang masih sempurna, malah kelihatan tersenyum.

Menurut laporan Tribune News, dalam video berkenaan kelihatan jenazah dibalut dengan kain putih dan plastik dikerumuni orang ramai.

Ada di antara mereka turut menangis dan ada juga yang berteriak ‘Allahuakba­r’ beberapa kali.

Ketua Biro Penerangan Polis Republik Indonesia, Brigadier Jeneral Mohammad Iqbal berkata, jenazah dalam video itu adalah pengganas bernama Yaser Thamrin.

“Ini adalah video Yaser Thamrin,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Yaser meninggal dunia di Hospital Daerah Tangerang Selatan, Selasa lalu, selepas sakit dalam perut.

Sementara itu, Detik News melaporkan, seorang ahli keluarga Imam Samudra yang berada menegaskan kubur Imam Samudra di Serang tidak pernah digali.

“Foto kubur Imam Samudra ini tidak diusik atau digali.

 Polis Indonesia nafi berita yang tular, keluarga tegaskan kubur itu tidak pernah digali

Berita mengatakan ia digali dan jenazahnya masih sempurna itu semua berita palsu.

“Jangan percaya dengan berita itu. Ini adalah penjelasan kepada semua rakyat Indonesia,” kata seorang ahli keluargany­a.

 ??  ?? PETIKAN video jenazah lelaki yang dikatakan Imam Samudra dan kiri, gambar kubur Imam Samudra yang dirakam ahli keluargany­a menunjukka­n kubur berkenaan tidak digali untuk dipindahka­n seperti didakwa. - Agensi
PETIKAN video jenazah lelaki yang dikatakan Imam Samudra dan kiri, gambar kubur Imam Samudra yang dirakam ahli keluargany­a menunjukka­n kubur berkenaan tidak digali untuk dipindahka­n seperti didakwa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia