Harian Metro

CHONG WEI SESAK NAFAS

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sah tidak akan beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Asia 2018 selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n dia terpaksa berehat selama sebulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengesahka­n perkara itu menerusi satu kenyataan media semalam menyatakan doktor menasihatk­an dia supaya berehat dan menjalani rawatan bagi proses pemulihan.

“Chong Wei memaklumka­n kepada BAM dia tidak sihat dan mengalami masalah pernafasan. Doktor menasihatk­annya untuk berehat dan menjalani rawatan.

“Buat masa sekarang, dia tidak dapat menjalani latihan fizikal secara intensif untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan. Untuk itu, BAM membuat keputusan menarik penyertaan Chong

Wei pada Kejohanan BadAkademi

(gambar)

minton Dunia dari 30 Julai hingga 5 Ogos serta Sukan Asia dari 19 hingga 28 Ogos.

“Sepanjang tempoh pemulihan, kami minta orang ramai dan media memberi ruang kepada Chong Wei dan keluargany­a. Kami mendoakan supaya dia cepat sembuh dan kembali menjalani latihan,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Meja Sukan NSTP melaporkan, Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia kemungkina­n besar menarik diri daripada menyertai Kejohanan Dunia selepas tidak turun menjalani latihan di Badminton Malaysia Bukit Kiara sejak seminggu lalu.

Dia dilaporkan jatuh sakit sebaik pulang dari Jakarta yang menyaksika­n dia terkandas pada separuh akhir Terbuka Indonesia susulan kekalahan di tangan bintang muda Jepun, Kento Momota pada 7 Julai lalu.

Seminggu sebelum itu, Chong Wei cemerlang apabila merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia selepas menewaskan Momota pada aksi final.

Kali terakhir, Chong Wei ketika dihubungi bagi mendapatka­n reaksinya berhubung undian Kejohanan Dunia adalah Rabu minggu lalu yang mana dia mengakui masih berehat di rumah dan tidak turun menjalani latihan.

 BAM sahkan jaguh perseorang­an negara perlu berehat sebulan, terlepas dua kejohanan besar

 ?? Kenyataan BAM ?? Buat masa sekarang, dia tidak dapat menjalani latihan fizikal secara intensif untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan”
Kenyataan BAM Buat masa sekarang, dia tidak dapat menjalani latihan fizikal secara intensif untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia