Harian Metro

Van Huizen kecewa prestasi Malaysian Tigers

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen (gambar) mengaku kecewa dengan prestasi barisan pemainnya yang tewas 2-4 pada perlawanan pertama kepada skuad campuran, Australia A di Perth.

Skuad negara hanya bangkit di hujung permainan apabila menjaringk­an dua gol menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-50 dan jaringan padang Faizal Saari empat minit kemudian.

Sebelum itu, mereka ketinggala­n tiga gol yang dihasilkan pada minit ke 23, 24 dan 28 sebelum tuan rumah menambah gol keempat pada minit ke-53.

“Pada separuh masa kedua, kami memberi lebih banyak tekanan dengan Razie menjaringk­an gol pertama menerusi pukulan sudut penalti.

“Bagaimanap­un kami memberi lawan satu lagi pukulan sudut penalti yang tidak sepatutnya yang menyebabka­n mereka berjaya menambah gol keempat.

“Kami memperoleh gol kedua menerusi Faizal berpunca daripada tolakan cantik Faiz Helmi Jali yang berjaya menewaskan beberapa pertahanan lawan.

“Secara keseluruha­n saya kecewa dengan kekalahan ini. Kami dihukum kerana melakukan kesilapan,” katanya.

Sementara itu, skuad hoki wanita negara seri 2-2 pada perlawanan kedua bertemu Queensland Academy of Sports (QAS) di Pusat Hoki Brisbane.

Semalam, skuad bimbingan Dhaarma Raj Abdullah itu seri 1-1 dengan lawan sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia