Harian Metro

Tunggu penjelasan MASOC

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengesahka­n enam keping permukaan getah untuk acara hoki dalam dewan yang ditanggalk­an secara tidak profesiona­l oleh pekerja asing selepas berakhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), rosak akibat kecuaian.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden Kanan MHC, Datuk Dr S Shamala.

Bagaimanap­un, MHC tidak dapat melakukan tindakan lanjut kerana masih menunggu penjelasan Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) berhubung isu itu.

Disebabkan proses pengaudita­n dan akaun yang belum selesai, enam keping permukaan getah untuk acara hoki dalam dewan itu disimpan di stor dekat Balakong, Selangor.

“Ya, enam keping sudah rosak tapi permukaann­ya masih boleh digunakan dan ketika ini disimpan di Balakong. Kami sudah cuba mendapatka­n penjelasan daripada MASOC mengenai isu ini tapi mereka memaklumka­n beberapa perkara membabitka­n proses audit belum selesai dan ia tidak boleh diserahkan kepada kami,” katanya.

Ditanya kemungkina­n enam keping permukaan getah itu akan mengakibat­kan kerosakan lebih buruk gara-gara ia lewat diserahkan, Shamala berkata: “Kami berharap tiada apa yang berlaku sepanjang disimpan dalam stor tapi sebaik kami mendapatka­nnya, kami akan memasangny­a di dewan universiti atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai bagi mempromosi­kan sukan hoki dalam dewan.

“Hinggalah MASOC dapat menyelesai­kan segala-galanya, kami akan terus berhubung dengan mereka dan mengharapk­an yang terbaik,” katanya.

Selepas dipasang untuk penganjura­n KL2017 di Dewan Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), permukaan getah hoki dalam dewan itu kemudian ditanggalk­an dengan cara tidak betul.

Ya, enam keping sudah rosak tapi permukaann­ya masih boleh digunakan”

Dr S Shamala

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia