Harian Metro

Welson akur

Perenang terbaik negara hormati keputusan Birmingham letak jawatan sebagai jurulatih

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Perenang terbaik negara, Welson Sim menyatakan dia menghormat­i keputusan Paul Birmingham (gambar) meletak jawatan sebagai jurulatih renang negara dan menegaskan perkara itu tidak mengganggu persiapann­ya ke Sukan Asia Indonesia bulan depan.

Bagaimanap­un, perenang kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu mengakui dia masih belum mengetahui hala tujunya selepas Sukan Asia apabila Birmingham secara rasmi melepaskan jawatannya sebagai jurulatih renang negara.

Sukan Asia Indonesia akan menjadi tugasan terakhir buat jurulatih dari Sydney itu sejak mengendali­kan skuad renang negara pada 2008.

“Buat ketika ini saya masih lagi bersama Birmingham untuk ke Sukan Asia dan ia tidak mengganggu persediaan saya.

“Tapi selepas itu saya tidak tahu perancanga­n seterusnya dan semua terpulang kepada ASUM.

“Namun apa yang pasti misi saya masih lagi sama iaitu cuba untuk melayakkan diri ke Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Ditanya sama ada dia kecewa dengan keputusan Birmingham, Welson yang menjadi perenang pertama negara layak ke Olimpik atas tiket kategori A dalam dua acara iaitu 200 dan 400m berkata, dia menghormat­i keputusan jurulatihn­ya itu dan berterima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang diberikan selama ini.

“Sekarang ini saya amat berharap jurulatih baru nanti akan dapat membantu dan sesuai dengan kami agar misi ke Olimpik terlaksana,” katanya yang meraih dua emas di Sukan SEA Kuala Lumpur menerusi acara 200 dan 400m, selain mencipta rekod baru temasya dalam acara 400m.

Buat ketika ini saya masih lagi bersama Birmingham untuk ke Sukan Asia dan ia tidak mengganggu persediaan

saya

Welson Sim

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia