Harian Metro

SK Kompleks KLIA bergaya

-

 Pasukan hoki lelaki, perempuan kekal dominasi Piala Datuk Mirnawan

Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks KLIA mampu tersenyum bangga apabila pasukan lelaki dan perempuann­ya berjaya mengekalka­n dominasi dalam saingan Piala Datuk Mirnawan di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Dalam aksi final lelaki yang sengit dan mendebarka­n, KLIA Black membuktika­n kejaguhan mereka apabila menewaskan Johanians (Kuala Lumpur) 1-0 menerusi jaringan tunggal Mohd Razique Mohd Yasri yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kategori perempuan pula menyaksika­n keputusan satu kemenangan dan satu seri yang dicatat KLIA Blue memadai bagi membolehka­n mereka muncul pemenang Kumpulan XY sekali gus dijulang sebagai juara keseluruha­n.

Bagi jurulatih SK Kompleks KLIA, Jamaliah Mohd Said kejayaan itu hadir tepat pada masanya ketika pemainnya kini dalam persiapan terakhir menjelang kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 12 tahun di Ipoh awal bulan depan.

“Ini tonik terbaik buat enam pemain lelaki dan 10 pemain perempuan SK Kompleks KLIA yang akan mewakili Negeri Sembilan pada saingan MSSM dengan sasaran kami di Ipoh kali ini adalah memperbaik­i pencapaian tahun lalu.

“Malah, sedikit sebanyak keyakinan pemain saya juga makin bertambah apatah lagi rata-rata pemain yang beraksi pada kejohanan Piala Datuk Mirnawan juga akan menjadi lawan kami di MSSM nanti,” katanya yang juga guru di SK Kompleks KLIA.

Ahmad Danish Azmi (KLIA Black) dan Nur Aishah Hizam KLIA Blue,)

(gambar,

yang membantu SK Kompleks KLIA mempertaha­nkan kejuaraan Piala Datuk Mirnawan buat tahun kedua berturut-turut, dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan bagi kategori lelaki dan perempuan.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan keempat masing-masing bagi kategori lelaki dan perempuan pada kejohanan MSSM B-12 tahun lalu.

 ??  ?? MIRNAWAN (tengah) bergambar bersama pemain lelaki dan perempuan SK Kompleks KLIA.
AHMAD Danish (tengah) pemain terbaik kejohanan.
MIRNAWAN (tengah) bergambar bersama pemain lelaki dan perempuan SK Kompleks KLIA. AHMAD Danish (tengah) pemain terbaik kejohanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia