Harian Metro

Lonjak ranking ke-6 dunia J

- AFP

uara baru Terbuka British, Francesco Molinari

melonjak ke ranking terbaik kariernya di tangga keenam dunia, manakala juara kejohanan utama 14 kali, Tiger Woods kembali menyertai kelompok 50 terbaik.

Molinari muncul pemain pertama Itali dalam sejarah memenangi salah satu daripada empat kejohanan utama di Carnoustie, Ahad lalu, dan melonjak sembilan anak tangga untuk kini mendahului senarai pungutan mata Piala Ryder Eropah.

Pemain berusia 35 tahun itu memulakan kempen tahun ini di luar kelompok 20 terbaik, tetapi prestasi baik menyaksika­n kemenangan dicatat dalam Kejuaraan PGA Eropah serta Quicken

(gambar)

Loans National.

Woods yang bergelut dengan kecederaan belakang, berada di luar kelompok 1,000 dunia sebelum kepulangan terbaru akhir tahun lalu, tetapi melonjak 21 anak tangga ke tangga ke-50 selepas terikat di tempat keenam Terbuka British.

Bintang Amerika Syarikat itu perlu menyertai kelompok 50 terbaik bagi melayakkan diri ke Jemputan Bridgeston­e WGC di Firestone, Ohio bulan depan – kejohanan yang pernah dimenangin­ya sebanyak lapan kali.

Pemain berusia 42 tahun itu berpeluang memenangi kejuaraan utama pertamanya selepas 10 tahun, tetapi tercicir sebaik memasuki sembilan lubang terakhir permainan di Carnoustie.

Dustin Johnson kekal di tangga teratas dunia mana-

 Molinari catat sejarah selepas menang satu daripada empat kejohanan utama

kala Justin Rose dari England di tangga kedua selepas terikat dengan tiga pemain lain di tempat kedua Terbuka British.

Justin Thomas turun satu anak tangga ke tangga ketiga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia