Harian Metro

Lochte digantung 14 bulan langgar peraturan antidoping

-

Angeles: Pemenang emas Sukan Olimpik, Ryan Lochte digantung 14 bulan kerana melanggar peraturan antidoping, kata Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA).

Walaupun USADA mengatakan Lochte tidak mengambil sebarang bahan larangan, tetapi atlet hanya boleh menerima penerapan intravena (IV) ketika rawatan di hospital atau ada pengecuali­an.

“Saya tidak ambil bahan yang dilarang. Semuanya dibenarkan. Anda boleh mendapatka­nnya di CVS, Walgreens tapi ada syarat yang perlu dipatuhi,” kata Lochte.

Perenang berusia 33 tahun dari Amerika Syarikat itu memuat naik gambarnya menerima IV di media sosial Mei lalu yang menyebabka­n USADA membuka siasatan dan Lochte dikatakan memberi kerjasama penuh.

“Lochte mengambil bahan yang dibenarkan menerusi penerapan intravena pada jumlah melebihi 100 ml dalam tempoh 12 jam tanpa pengecuali­an penggunaan terapeutik (TUE),” kata USADA dalam satu kenyataan.

Penggantun­gan Lochte bermula pada 24 Mei lalu, tarikh dia menerima rawatan yang menurutnya sebagai langkah berjaga-jaga selepas isteri dan anaknya jatuh sakit.

“Saya tidak pernah mengambil bahan terlarang atau cuba mendapatka­n kelebihan dalam pertanding­an dengan meletakkan sesuatu yang menyalahi peraturan dalam badan saya,” kata Lochte.

“Saya tidak akan sesekali melanggar peraturan antidoping. Malangnya peraturan yang ini masih baru dan tidak ramai yang tahu, saya sepatutnya ambil tahu.”

Pada 2016, Lochte pernah digantung 10 bulan selepas membuat laporan palsu mendakwa dia dan tiga perenang lain dirompak ketika Sukan Olimpik Rio. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia