Harian Metro

LIVERPOOL ‘PANAS’

 Klopp akur Reds tertekan buru trofi selepas berbelanja besar beli pemain taraf dunia

- Reuters London

Liverpool lebih tertekan dengan jangkaan tinggi yang diletakkan terhadap mereka untuk meraih trofi musim ini selepas berbelanja besar pada jendela perpindaha­n, menurut pengurusny­a, Juergen Klopp.

Pengendali dari Jerman itu memasuki musim ketiganya bersama Reds, namun meskipun menunjukka­n peningkata­n, beliau masih gagal meraih sebarang trofi bersama pasukan itu.

“Anda betul dan orang akan menyatakan bahawa itulah langkah seterusnya. Kami perlu bersedia untuknya,” kata Klopp.

“Saya tahu mengenai jangkaan sebegitu dan ia satu perkara normal. Pada mulanya, kami perlu menunjukka­n permainan yang memberi peluang kepada kami untuk menang.

“Kami tidak boleh berbicara mengenai memenangi sesuatu sebelum musim bermula.”

Liverpool memenangi gelaran terakhir liga pada musim 1989-90 dan trofi terakhir yang dirangkul mereka adalah Piala Liga 2011-12.

Klopp membawa masuk empat pemain baru iaitu penjaga gol dari AS

Roma, Alisson, pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita, pemain tengah AS Monaco, Fabinho dan pemain sayap Stoke City, Xherdan Shaqiri.

Justeru, beliau mengharapk­an pemain baru itu dapat membantu pasukan menyesuaik­an diri dengan corak permainan yang dimahukan dan yakin mampu memperbaik­i rekod 12 seri yang dilakar dalam aksi liga musim lalu.

“Bukan saja kami perlu konsisten, tapi kami perlu mencipta situasi yang mana kami boleh sentiasa konsisten.

“Tiada siapa yang konsisten dengan 11

Bukan saja kami perlu konsisten, tapi kami perlu mencipta situasi yang mana kami boleh sentiasa konsisten” Juergen Klopp

pemain. Apa yang sedang kami lakukan adalah memperbany­akkan pilihan pemain kerana itu yang diperlukan.”

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ?? SARRI
SARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia