Harian Metro

Sarri langkah kanan

-

Perth, Australia: Pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri menghadiah­kan kemenangan pertama selepas jaringan awal Pedro Rodriguez membolehka­n Blues menewaskan Perth Glory 1-0 dalam aksi persahabat­an di Australia, kelmarin.

Bekas penyerang Barcelona itu menolak bola masuk dari jarak dekat selepas mendapat hantaran pemain berusia 17 tahun, Callum Hudson-Odoi. Hudson-Odoi seorang daripada tiga pemain remaja yang beraksi dalam perlawanan itu bersama penjaga gol dari Poland, Marcin Bulka, 18, dan pertahanan Wales, Ethan Ampadu, 17.

Pemain tengah baru dibeli, Jorginho turut melakukan penampilan pertama menentang kelab Liga A-Australia itu. Jorginho dibeli dari Napoli dengan harga £50 juta (RM266 juta) dan pemain Itali itu mempamerka­n prestasi mantap dalam perlawanan pertama pramusim Chelsea.

David Luiz dilayangka­n kad kuning selepas melakukan terjahan keras pada lewat babak pertama sebelum voli Pedro diselamatk­an penjaga gol tuan rumah.

Sarri yang menggantik­an rakan senegara dari Itali, Antonio Conte awal bulan lalu mengakui Chelsea perlu memperbaik­i beberapa aspek permainan sebelum bermula musim baru.

“Kami hilang kawalan dan jarak antara pertahanan dan tengah dan itu perlu diperbaiki,” katanya.

“Kami perlu kembali ke Cobham, bekerja lebih keras dan masalah itu perlu diatasi secepat mungkin. Bagaimanap­un ia tidak mudah kerana skuad kini tanpa 12 pemain yang beraksi di Piala Dunia.” - Agensi

 ??  ?? PEDRO (kiri) rai jaringan
bersama Hudson-Odoi.
PEDRO (kiri) rai jaringan bersama Hudson-Odoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia