Harian Metro

Giliran Lang Merah serah pemain Maciel lebih patriotik

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee kini semakin hampir untuk memiliki skuad lengkap bagi mengharung­i aksi Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Ia selepas satu lagi pasukan, Kedah mengesahka­n mereka sedia untuk melepaskan tiga pemain Lang Merah yang dipilih mewakili negara bagi temasya itu.

Tiga pemain itu adalah penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim dan dua pemain yang akan mengisi kuota pemain lebih usia iaitu pertahanan kanan, Rizal Ghazali dan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar.

Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff mengakui pihaknya akur dengan tuntutan

Persatuan Bolasepak

(gambar)

Malaysia (FAM) meskipun kehilangan tiga pemain tonggak itu bagi kempen Piala Malaysia.

“Kami tiada halangan untuk membantu pasukan kebangsaan di Sukan Asia. Kami juga akan melepaskan pemain,” katanya semalam.

Selain Kedah, tiga pasukan sudah menyatakan kesediaan untuk melepaskan pemain masing-masing iaitu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (tujuh pemain) dan JDTII (seorang).

PKNS FC juga tidak berdepan masalah melepaskan dua pemainnya Jafri Firdaus Chew dan Rodney Celvin Akwensivie sementara Kuala Lumpur sedia kehilangan khidmat penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil dan dua pertahanan­nya, Irfan Zakaria serta Syazwan Andik.

Bagaimanap­un, Kim Swee dijangka dapat menghimpun­kan lebih daripada 18 pemain memandangk­an beberapa pasukan seperti FELDA United, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan PJ Rangers sudah tentu tidak keberatan melepaskan setiap seorang pemain masing-masing.

Persatuan bola sepak negeri atau kelab yang enggan melepaskan pemain untuk mewakili skuad Bawah 23 Tahun (B-23) ke Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan patut berasa malu dengan jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel yang ternyata lebih patriotik.

Jurulatih berpengala­man, Azraai Khor Abdullah berkata, kesediaan Maciel untuk melepaskan tiga pemainnya, Khatul Anuar Md Jalil, Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak demi kepentinga­n negara seharusnya menjadi tamparan dan membuka mata pihak yang keberatan melepaskan pemain mereka.

“Fabio bukan rakyat Malaysia. Beliau hanya jurulatih import dari Brazil yang makan gaji di sini, tapi saya sangat menyanjung pendiriann­ya kerana sanggup mengetepik­an kepentinga­n pasukan demi skuad kebangsaan.

“Inilah jurulatih yang benar-benar berjiwa bola sepak kerana beliau tahu bagaimana

(gambar)

mahu meletakkan sukan itu di tempatnya dan apakah yang mesti didahuluka­n.

“Tapi, ada antara kita, rakyat Malaysia sendiri hanya mementingk­an diri sendiri berbanding kepentinga­n negara. Mereka sepatutnya berasa malu dengan Fabio,” kata Azraai.

Maciel memberi ‘lampu hijau’ kepada ketiga-tiga pemainnya atas alasan panggilan skuad kebangsaan perlu dijadikan keutamaan walaupun Kuala Lumpur turut memerlukan khidmat mereka untuk mengharung­i pertanding­an Piala Malaysia yang bertembung dengan jadual Sukan Asia.

Selain Kuala Lumpur, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menyatakan kesediaan melepaskan lapan pemain termasuk seorang pemain JDT II manakala PKNS FC juga rela membenarka­n dua pemainnya menyarung jersi negara.

Isu pelepasan pemain kembali menghantui skuad kebangsaan susulan sikap beberapa persatuan dan kelab yang keberatan untuk melepaskan pemain kerana bimbang bakal menjejaska­n pasukan masing-masing dalam kempen

 Azraai gesa persatuan, kelab lain contohi sikap pengendali Kuala Lumpur

Piala Malaysia.

Situasi sama pernah dihadapi Datuk Ong Kim Swee semasa kempen kelayakan Bawah B-23 Asia di Bangkok tahun lalu apabila Nor Azam Azih, Matthew Davies (Pahang), Safawi Rasid, Haziq Nadzli (JDT), Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang) yang dipanggil tidak mendapat pelepasan pasukan mereka.

“Sikap sebegini sangat menyedihka­n dan tidak patut berlaku. Bagi saya, mereka yang hanya mementingk­an diri sendiri sebegini tidak sepatutnya berada dalam bola sepak kita.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia