Harian Metro

Undian semula cetus resah OKS

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Undian semula acara bola sepak Sukan Asia hari ini jelas menimbulka­n pelbagai persoalan apabila Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia (INASGOC) terus berahsia mengenai format digunakan.

Setakat ini, maklumat yang pasti adalah undian semula itu dilakukan kerana mahu memasukkan dua pasukan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Palestin yang tercicir pada undian awal di Jakarta, 5 Julai lalu.

Menurut jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee, beliau tidak dimaklumka­n secara terperinci mengenai undian semula itu sama ada ia membabitka­n semua 26 pasukan atau hanya dua pasukan itu.

“Saya tidak tahu mengenai undian semula itu, saya juga tidak pasti sama ada perlu hadir atau tidak ke majlis undian itu. Kami akur dengan keputusan tuan rumah untuk mengadakan undian semula sama ada ia membabitka­n semua pasukan atau UAE dengan Palestin saja,” katanya kepada Sukan NSTP.

Berdasarka­n laporan www.xinhuanet.com, selepas undian semula itu, Kumpulan A, C, D dan F akan mempunyai empat pasukan, manakala Kumpulan B dan E lima pasukan.

Jika undian semula itu hanya membabitka­n UAE dan Palestin, ia pasti memberi perkhabara­n buruk buat Malaysia yang kini berada dalam Kumpulan E bersama juara bertahan Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain.

Jika itu berlaku, penambahan perlawanan dengan kemasukan pasukan UAE atau Palestin bakal memberi laluan lebih perit buat anak buah Kim Swee yang menyasarka­n untuk mara ke suku akhir.

 ??  ??
 ?? Ong Kim Swee ?? Kami akur dengan keputusan tuan rumah untuk mengadakan undian semula sama ada ia membabitka­n semua pasukan atau UAE dengan Palestin saja”
Ong Kim Swee Kami akur dengan keputusan tuan rumah untuk mengadakan undian semula sama ada ia membabitka­n semua pasukan atau UAE dengan Palestin saja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia