Harian Metro

Berselindu­ng guna bot nelayan tempatan

-

Bintulu: Berselindu­ng menggunaka­n bot nelayan tempatan, tetapi khidmat juragan dan awak-awaknya terdiri dalam kalangan warga asing.

Ia adalah sebahagian daripada modus operandi digunakan nelayan asing yang menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan secara haram di perairan Sarawak.

Taktik itu terbongkar dalam operasi khas Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Mukah, jam 8.40 pagi, Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, anggotanya melakukan rondaan rutin di kawasan kira-kira 10 batu nautika dari Tanjung Budu, Mukah sebelum terserempa­k bot nelayan itu yang didapati berada dalam keadaan mencurigak­an.

“Ketika ditahan, bot berkenaan yang didaftarka­n di bawah Kelas C2 sedang menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda di luar zon dibenarkan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati sembilan nelayan, membabitka­n lapan awak-awak dan seorang tekong yang masingmasi­ng berusia lingkungan 33 hingga 55 tahun adalah warga Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Shahref berkata, penahanan dibuat kerana kesemua individu terbabit didapati melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen ditetapkan Jabatan Perikanan.

“Kesemua nelayan warga asing terbabit termasuk bot digunakan mereka disita dan dibawa ke Pelabuhan Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.

 ??  ?? Hospital minta bantuan bomba potong cincin guna
alat khas
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memotong cincin emas yang terlekat pada jari manis seorang perempuan menggunaka­n alat pemotong khas.
Hospital minta bantuan bomba potong cincin guna alat khas ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memotong cincin emas yang terlekat pada jari manis seorang perempuan menggunaka­n alat pemotong khas.
 ??  ?? SEBUAH bot nelayan yang berdaftar dikendalik­an sembilan warga
asing ditahan ketika menangkap hasil laut di perairan Mukah.
SEBUAH bot nelayan yang berdaftar dikendalik­an sembilan warga asing ditahan ketika menangkap hasil laut di perairan Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia