Harian Metro

Empat curi masuk nak tuba ikan

-

Lundu: Hasrat empat lelaki Indonesia menuba ikan di Kandaie, di sini, bukan saja tidak kesampaian, malah mereka ditahan anggota tentera kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Lelaki berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja, jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Jurucakap Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, anggota tentera berkenaan sedang menjalanka­n operasi di kawasan sempadan negara dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Menurutnya, anggota berkenaan kemudianny­a terserempa­k dua motosikal dinaiki empat lelaki datang dari arah sempadan Indonesia dalam keadaan mencurigak­an.

“Anggota tentera bertindak mengepung motosikal berkenaan dan berjaya menahan empat lelaki terbabit untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua lelaki terbabit gagal mengemukak­an dokumen perjalanan yang sah untuk masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Jurucakap itu berkata, pasukan rondaan juga menemui beberapa peralatan menuba dibawa bersama suspek dipercayai mahu digunakan di sungai berhampira­n untuk menangkap ikan.

Katanya, suspek menggunaka­n laluan tikus untuk masuk ke negara ini sebelum keluar semula selepas menuba ikan.

“Semua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA tentera dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja menahan empat suspek warga Indonesia kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah di Kandaie.
ANGGOTA tentera dari Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja menahan empat suspek warga Indonesia kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah di Kandaie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia