Harian Metro

Penjara 15 bulan

Kakitangan LPP didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan

- Kristy Inus kristy@nstp.com.my

Seorang kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan memalsukan dokumen dan menerima insentif kewangan.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu terhadap Mohd Farid Abdul, 39, selepas dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan yang kebanyakan­nya berkaitan memalsukan dokumen.

Mohd Farid didakwa melakukan kesalahan itu antara Mei hingga Oktober 2016 termasuk memalsukan dokumen dan menerima insentif kewangan ketika bertugas sebagai pembantu ehwal ekonomi di LPP Sabah.

Bagi enam kesalahan pertama mengikut Seksyen 463 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa mengubah kawasan sawah yang dibajak untuk menuntut sebanyak RM22,992 bagi pihak pengendali kontraktor.

Untuk pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dia mengemukak­an dokumen palsu untuk mendapat kelulusan daripada Pengarah LPP Sabah.

Ia adalah contoh klasik bagaimana tertuduh mengambil peluang untuk mendapatka­n keuntungan peribadi hingga membawa kepada kebocoran wang kerajaan”

Awang Shamsul

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima insentif menerusi akaun bank peribadiny­a yang bernilai RM500 dan RM1,000.

Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Awang Shamsul Baharom Bongsu dalam hujahnya berkata, ia adalah contoh klasik bagaimana tertuduh mengambil peluang untuk mendapatka­n keuntungan peribadi hingga membawa kepada kebocoran wang kerajaan.

Tertuduh dalam rayuannya pula merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana hanya dia yang bekerja bagi menyara kehidupan empat anak dan seorang isteri.

Mohd Farid juga memberi alassan ia adalah kesalahan pertamanya sejak bekerja di LPP Sabah pada 2002.

Berikutan itu, Abu Bakar menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan kecuali Seksyen 471 yang dikenakan hukuman selama 15 bulan.

Bagaimanap­un, semua hukuman penjara dijalankan serentak bermula semalam.

 ??  ?? MOHD Farid (kiri) keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan serentak untuk sembilan pertuduhan membabitka­n pemalsuan dokumen.
MOHD Farid (kiri) keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan serentak untuk sembilan pertuduhan membabitka­n pemalsuan dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia