Harian Metro

‘Gadis ting-ting’ ditangkap

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Tiga gadis bawah umur dan seorang wanita berusia 32 tahun ditahan kerana dipercayai aktif memerangka­p mangsa dengan kononnya menawarkan khidmat urut dan seks di sekitar bandar raya ini.

Semua gadis dikenali sebagai ‘gadis ting-ting’ membabitka­n remaja berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 17 tahun serta seorang wanita dewasa ditahan di dua hotel oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu antara jam 4 hingga jam 6.30 pagi, kelmarin.

Hasil serbuan itu, polis turut menahan enam lelaki disyaki terbabit dengan kegiatan berkenaan yang dibongkar susulan laporan seorang mangsa yang mendakwa ditipu oleh semua suspek terbabit pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa menemui dua lelaki tidak dikenali untuk mendapatka­n khidmat urut yang ditempah melalui aplikasi WeChat.

“Ketika itu, mangsa menemui dua lelaki di sebuah hotel dan suspek bagaimanap­un

 Perangkap mangsa tawar khidmat seks

mengambil telefon bimbitnya sebelum melarikan diri.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, susulan itu, seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian terbabit di sebuah hotel jam 4 pagi, kelmarin.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, polis kemudian menyerbu bilik di hotel dan menahan dua wanita serta dua lelaki sebelum menemui barang disyaki dicuri.

“Siasatan lanjut membolehka­n seorang lagi suspek ditahan di kawasan parkir di hotel berkenaan,” katanya. Beliau berkata, jam 6.30 pagi hari sama, polis menyerbu sebuah hotel berdekatan dan menahan dua wanita dan dua lelaki disyaki suspek dalam kes Ahad lalu bersama beberapa barang dipercayai dicuri.

Menurutnya, suspek mengaku semua terbabit dalam kes itu dan mereka didapati kumpulan yang aktif melakukan jenayah berkenaan sejak awal tahun ini di sekitar bandar raya itu.

“Kumpulan itu menggunaka­n suspek wanita dan cuba memerangka­p mangsa lelaki melalui WeChat dan Beetalk untuk tujuan urut serta mengadakan seks.

“Selepas itu, suspek wanita akan meminta mangsa ke mana-mana hotel di sekitar bandar raya dan membuat bayaran kepada suspek lelaki.

“Ketika berada di dalam bilik, suspek lelaki akan merempuh masuk dan mengugut mangsa sebelum melarikan wang tunai dan telefon bimbit mangsa,” katanya.

Chandra berkata, semua suspek didapati terbabit dalam pelbagai kes seumpama itu sejak awal tahun ini dan mengaut hasil dengan menjual barang milik mangsa.

“Soal siasat diteruskan dan empat daripada suspek itu didapati positif dadah,” katanya.

 ??  ?? LOKASI kejadian pejalan kaki maut dirempuh lori di Kilometer 16.9, Jalan Kampung Rasak, kelmarin.
LOKASI kejadian pejalan kaki maut dirempuh lori di Kilometer 16.9, Jalan Kampung Rasak, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia