Harian Metro

Percepat pembinaan rumah kongsi

-

Sandakan: Mangsa kebakaran di Kampung Gas di sini, berharap kerajaan dapat mempercepa­tkan pembinaan rumah kongsi yang dijanjikan kepada mereka, baru-baru ini.

Penempatan rumah kongsi itu dijanjikan kepada penduduk kampung itu selepas mereka berpindah keluar dari pusat penempatan sementara di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.

Ibu kepada dua anak, Siti Asmidah Saprah berkata, mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudaramar­a selepas tiga minggu berada di pusat pemindahan berkenaan.

Menurutnya, mereka tidak mampu menyewa rumah di luar kerana pendapatan suami yang bekerja di kilang hanya kira-kira RM900 sebulan.

“Sekarang kami terpaksa menumpang rumah keluarga sebelum rumah kongsi dibina, namun kami (penduduk) berharap kerajaan ada langkah penyelesai­an termasuk membina rumah PPR agar hidup kami lebih terjamin untuk jangka panjang.

“Tidur dalam khemah (penempatan sementara) selama tiga minggu memang sukar, lebih-lebih lagi anak saya masih kecil berusia satu dan tiga tahun, tetapi syukur banyak bantuan diberi kerajaan bukan saja makanan, malah kelengkapa­n kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.

Pada 27 Jun lalu, seramai 1,224 penduduk hilang tempat tinggal apabila 125 rumah di penempatan atas air itu musnah dalam kebakaran.

Sementara itu, keadaan berbeza pula kepada ibu lima anak, Kamisah Hanchus, 41, yang berharap kerajaan dapat mempercepa­tkan pembinaan jambatan dan lot rumah di tapak asal perkampung­an atas air Kampung Gas terbabit bagi memudahkan penduduk membina rumah atas inisiatif sendiri.

“Adalah lebih baik jika kerajaan mempercepa­tkan pembinaan jambatan bagi menghubung­kan setiap lot dan pembahagia­n lot rumah agar penduduk boleh membina rumah sendiri walaupun kecil.

“Jika bina dulu rumah kongsi, kemudian bina rumah PPR mungkin tempoh masa yang diambil lebih lama dan memerlukan banyak kos,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah Batu Sapi Nurlieyana Jaafar Sidik berkata, seramai 348 mangsa yang berada di pusat pemindahan itu diarah berpindah keluar oleh pihak berkuasa tempatan baru-baru ini selepas tiga minggu tinggal di pusat berkenaan.

 ??  ?? MANGSA kebakaran Kampung Gas ditempatka­n di Pusat Penempatan Sementara di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.
MANGSA kebakaran Kampung Gas ditempatka­n di Pusat Penempatan Sementara di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia