Harian Metro

Kongsi isu royalti minyak

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

 Kerajaan Terengganu bertemu di Petra Jaya

Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pertemuan bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di kediamanny­a di Petra Jaya di sini, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi negeri berkata, mereka mengadakan perbincang­an tidak rasmi berhubung kaedah tuntutan yang perlu dilakukan.

Beliau mengakui terkejut dengan hasrat kerajaan Terengganu itu, namun bersedia untuk berbincang demi kepentinga­n bersama.

“Pada Ahad, beliau (Dr Ahmad Samsuri) menghubung­i saya dan memberitah­u mahu ke sini (Kuching) dan berhasrat untuk menemui saya (kelmarin).

“Saya alu-alukan kehadiran beliau dan kami membincang­kan cadangan royalti minyak dan gas bagi negeri pengeluar bahan mentah itu (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei di sini, semalam.

Abang Johari berkata, pada perbincang­an tidak rasmi itu, Dr Ahmad Samsuri mahu mendapatka­n pandangann­ya berhubung kaedah yang patut diguna pakai dalam pemberian royalti kepada negeri yang terbabit.

“Beliau mahu mengetahui cara mana yang terbaik, royalti hasil pengeluara­n atau hasil keuntungan dan bagi saya, negeri yang sepatutnya menetapkan kaedah pemberian royalti itu.

“Sebagai negeri pengeluar, kita sepatutnya yang menetapkan­nya kerana kita adalah pemilik sumber itu bukan pihak yang mengeluark­annya,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Samsuri (tengah) melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari (dua dari kanan).
DR Ahmad Samsuri (tengah) melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia