Harian Metro

Tajul, teman wanita belum kahwin

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi semakin mencipta nama, Tajul Arif Noor, 20, menegaskan dia dan teman wanitanya, Nurul Syamieza Eddie masih belum berkahwin dan tiada perancanga­n untuk bernikah dalam waktu terdekat ini.

Adik kepada bekas penyanyi kumpulan Spin, Allahyarha­m Achik sebelum ini dilihat cuba bermain tarik tali membabitka­n kenyataan yang menimbulka­n keraguan membabitka­n status dirinya.

Dia sebelum ini memuat naik gambar bersama Nurul Syamieza yang didakwanya sebagai isterinya.

“Tidak ada perancanga­n bernikah untuk tahun ini atau tahun depan. Rasanya lambat lagi kerana kami mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu,” katanya.

Menjelaska­n mengenai gambar dengan berpakaian pengantin yang digayakan mereka, Tajul berkata, ia bertujuan membantu mempromosi­kan butik pengantin milik rakan mereka.

“Saya tidak sangka pula promosi butik pengantin yang dilakukan itu menjadi tular hingga timbul pula salah faham mengatakan kami bersanding dan sudah bernikah.

“Ada juga mengatakan kami sedang mencuba baju pengantin untuk majlis pernikahan kami nanti. Perkara yang didakwa itu tidak berlaku pun,” katanya.

Aksi penyanyi Misha Omar menyanyi sambil duduk ketika mendendang­kan lagu terbarunya Sampai Bila dalam program MeleTop, malam kelmarin hangat diperkatak­an netizen di media sosial.

Misha, 36, ketika dihubungi berkata, alasan dia berbuat sedemikian kerana enggan membelakan­gkan pengacara program itu, Neelofa dan Nabil.

“Saya memang nak menyanyi berdiri, tetapi menyedari Neelofa dan Nabil duduk di situ, saya berasakan tidak manis jika membelakan­gkan mereka.

“Jadi, dalam segan saya duduk juga sambil menyanyi. Tidak sangka pula perkara ini menjadi bualan peminat di Instagram dan Twitter.

Malu saya dibuatnya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Misha mengakui terharu membaca setiap komen yang kebanyakan­nya memuji dan kagum dengan vokalnya.

“Pada mulanya, saya tidak tahu perkara ini menjadi besar dalam

 ??  ?? TAJUL
TAJUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia