Harian Metro

Wani terima teguran dengan hati terbuka

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Wani menerima teguran Da’i Luqman mengenai tindakanny­a menari menerusi muzik video lagu terbarunya, Pendusta Cinta dengan hati terbuka.

Teguran Luqman yang juga bekas peserta program realiti Da’i musim ketiga dibuat di Instagram yang menyebut seorang penyanyi wanita popular bertudung menari dan boleh mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung.

Wani, 21, atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat ketika ditemui mendakwa, gerak tari dipersemba­hkan dalam muzik video itu tidak keterlalua­n.

“Gerak tari dalam muzik video ini biasa saja dan tidak melampau. Bagi saya, tarian ini masih sopan dan menutup aurat.

“Memandangk­an ini lagu rancak, jadi saya minta untuk menari. Kalau diam saja, mesti bosan. Malah, penari wanita dalam muzik video ini pun saya minta agar mereka bertudung.

“Cuma mungkin disebabkan orang menganggap saya penyanyi nasyid, jadi mereka berasakan tidak manis saya menari,” katanya.

Wani yang juga bekas peserta program Gema Gegar Vaganza musim pertama berkata, itu adalah percubaan pertamanya menari.

Malah, Wani ingin memberikan kelainan bagi single terbaru yang turut menampilka­n Waris selaku rapper.

“Saya berlatih menari dua hari bagi menjayakan muzik video ini. Ketika itu, saya sudah menjangka akan dikecam,” katanya.

 ??  ?? WAN I
WAN I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia