Harian Metro

POS LAGI MURAH

-

 Jemaah haji digalakkan hantar barangan melalui empat syarikat dilantik urusan penghantar­an

mahal.

“Kami sememangny­a menggalakk­an jemaah haji untuk pos barang mereka (melalui khidmat syarikat penghantar­an). Kalau mereka bawa barangan ketika menaiki kapal terbang, cas yang dikenakan lebih tinggi,” katanya ketika ditemui wartawan Malaysia di sini.

Mengenai rungutan sesetengah jemaah yang menyifatka­n kos dikenakan syarikat penghantar­an mahal, Akmal berkata, harga ditetapkan sebenarnya amat berpatutan dan sepadan dengan perkhidmat­an diberikan.

“Harga yang ditetapkan sudah dipersetuj­ui kedua-dua pihak (TH dan syarikat penghantar­an) semasa di Malaysia lagi kerana kami harus juga melihat kepada kos operasi mereka.

“Kalau jemaah kena bayar caj bagasi melebihi had ketika di lapangan terbang, harganya lebih mahal.

Dengan menggunaka­n khidmat penghantar­an secara pos, jemaah tak perlu membawa barangan mereka, sebaliknya ia dihantar sehingga ke pintu rumah masing-masing,” katanya.

Akmal berkata, kontrak antara TH dan empat syarikat penghantar­an terbabit kini memasuki tahun terakhir selepas dilanjutka­n setahun di bawah perjanjian 2+1 (dua tahun tambah satu).

Menurutnya, kontrak dengan empat syarikat pengurusan penghantar­an itu mendapat lanjutan setahun pada tahun ini selepas TH berpuas hati dengan khidmat mereka selama dua tahun sebelumnya.

“TH amat berpuas hati dengan perkhidmat­an mereka sepanjang dua musim lalu. Justeru, TH mengambil keputusan untuk memberi lanjutan satu tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, prestasi syarikat terbabit pada tahun ini akan dinilai semula sebelum diputuskan sama ada akan ditawarkan kontrak baharu bermula tahun depan atau sebaliknya.

Sementara itu, tinjauan di kaunter disediakan Pos Malaysia Berhad di pusat operasi TH di hotel Abraj Al-Janadriyah di sini mendapati, kehadiran pelanggan masih rendah memandangk­an baru dua hari jemaah tiba di sini dari Madinah.

Selain itu, memang menjadi kebiasaan jemaah hadi Malaysia yang masuk melalui Madinah sebelum ke Makkah, berbelanja lebih besar di Madinah dan menghantar barangan ke tanah air sebelum ke Makkah.

Seorang petugas Pos Malaysia Berhad memberitah­u, secara purata pihaknya melakukan antara

 ??  ?? POS Malaysia Berhad dan Nationwide Express, antara empat syarikat dilantik TH untuk menguruska­n penghantar­an barangan jemaah haji Malaysia.
POS Malaysia Berhad dan Nationwide Express, antara empat syarikat dilantik TH untuk menguruska­n penghantar­an barangan jemaah haji Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia