Harian Metro

Raih pahala berganda teman ibu tercinta

-

Sepang: Menerima tawaran mengerjaka­n haji dan pada masa sama menemani ibu di Tanah Suci adalah peluang yang tidak akan dilepaskan buat seorang anak, sekali gus dapat berbakti kepada ibu tercinta.

Bagi Lazman Mohd, 42, berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, dia akan menemani ibunya Lijah Ismail, 69, di Tanah Suci memandangk­an ibunya itu sukar bergerak, selain terpaksa menggunaka­n kerusi roda.

“Perasaan gembira bercampur sedih kerana isteri tidak dapat turut serta biarpun sudah membuat rayuan kepada Tabung Haji (TH),” katanyadi Kompleks Tabung Haji di sini, semalam. Katanya, ibunya mengalami penyakit luka di kaki sejak 14 tahun lalu disebabkan terkena air panas ketika menyiapkan kuih untuk jualan di pasar Kuala Berang. Lazman berkata, disebabkan kejadian itu, ibunya mengalami luka yang sukar sembuh serta tidak dapat berdiri lama.

“Sebaik tiba di sana nanti, saya akan membantu segala urusan ibu termasuk menjalanka­n rukun haji supaya semuanya berjalan lancar.

“Saya akan menggunaka­n peluang yang ada di samping memperbany­akkan ibadat serta memohon keampunan daripada Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Lijah berkata, dia mendaftar haji pada 2008 bersama arwah suami Mohd Hamzah hasil daripada jualan kuih dan kerja kampung.

“Bagaimanap­un, arwah suami meninggal dunia tahun lalu ketika berusia 74 tahun tahun,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka dapat menunaikan haji tahun ini dan lebih manis, dapat pergi bersama anak lelakinya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia